Friday, November 28, 2008
Kelas Tuisyen JKKK Kg Jenjarom Bermula Hari ini
Kelas bermula dari jam 8.00 pg - 11.00 pg. Seramai kira-kira 23 orang pelajar calon UPSR 2009 mengikuti kelas tuisyen Matematik oleh Pn. Hjh Masidah bertempat di Balai Wanita. Kelas Bahasa Inggeris dan Sains dijangka dimulakan pada minggu hadapan.
Banjir di Kg jenjarom
Thursday, November 27, 2008
Penggunaan Premis di bawah Pengurusan JKKK
Kelas Tuisyen JKKK Kg Jenjarom
Biro Pendidikan, ICT dan Sumber Manusia JKKK Kg Jenjarom mengalu-alukan warga Kg Jenjarom khususnya para guru yang ingin menyumbangkan tenaga sebagai tenaga pengajar dalam kelas tuisyen yang akan diadakan untuk kelas-kelas yang lain.
Saturday, November 22, 2008
Hari Bersama Pelanggan JKKK Kg Jenjarom
En. Ramlan, Pen. Pegawai Pertanian K.Langat sedang memberikan taklimat
kepada warga Kg Jenjarom tentang Kempen Bumi Hijau
Maklumat berhubung dengan Mesra Usia Emas dan Tabung Warisan Anak Selangor:
MESRA USIA EMAS
SOALAN LAZIM
MESRA USIA EMAS
1. Di mana BORANG dan bagaimanakah cara untuk menyertai Mesra Usia Emas? (dikemaskini)
Bermula 1 Oktober 2008, pemohon hendaklah mendapatkan Borang Mesra Usia Emas di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan pemohon tinggal. Sila lihat senarai Pusat Khidmat DUN
2. Apakah tujuan program Mesra Usia Emas ini dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri?
Program Mesra Usia Emas ini bertujuan untuk memberi manfaat dalam bentuk perlindungan bernilai RM 2,500.00 kepada warga emas yang berusia 60 tahun ke atas (yang telah mendaftar secara rasmi), selepas beliau disahkan meninggal dunia. Program ini membuktikan keprihatinan yang tinggi Kerajaan Negeri terhadap rakyatnya, khususnya golongan warga emas.
3. Bilakah tarikh program Mesra Usia Emas ini akan beroperasi secara rasmi?
Program Mesra Usia Emas ini dijangka akan beroperasi sekitar Oktober 2008, dan tertakluk kepada sebarang pengumuman rasmi dari semasa ke semasa . Ia telah dilancarkan secara rasmi pada 20 Jun 2008 yang lalu. Manakala Logo rasmi Mesra Emas pula (seperti yang telah dipaparkan di Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri) telah dilancarkan pada 30 Ogos 2008, sempena Sambutan Perayaan Ambang Merdeka, dan Perbarisan dan Perarakan Kemerdekaan ke-51 Peringkat Negeri Selangor
4. Siapakah kumpulan sasar yang boleh menyertai program Mesra Usia Emas ini?
Program ini terbuka kepada semua warga emas di Negeri Selangor yang telah berumur 60 tahun ke atas, DAN
- Lahir di Negeri Selangor ATAU
- Lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974 ATAU
- Telah bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun.
5. Apakah manfaat atau faedah yang diperoleh daripada menyertai program ini? (dikemaskini)
Dalam tempoh 24 jam selepas menerima laporan kematian ahli, ADUN atau wakilnya akan menyampaikan sumbangan wang tunai berjumlah RM1,000 kepada penama yang didaftarkan. Baki RM1,500 akan disampaikan kepada penama yang didaftarkan dalam tempoh 60 hari berikutnya.
6. Siapakah yang boleh membuat tuntutan ke atas manfaat perlindungan tersebut? (dikemaskini)
Tuntutan hendaklah dibuat oleh penama, seperti yang dinyatakan di dalam Borang Mesra Usia Emas semasa pendaftaran dibuat.
Penama boleh terdiri daripada individu seperti suami, isteri, anak, saudara, kenalan atau sesiapa sahaja. Ia juga boleh merupakan sebuah pertubuhan seperti badan kebajikan, rumah orang tua-tua, rumah anak yatim, rumah ibadat seperti surau, masjid, tokong, kuil, gereja dan sebagainya.
Kemaskini pada 21 November 2008
PERTANYAAN-PERTANYAAN BERKAITAN TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR (TAWAS)
TAWAS adalah singkatan kepada Tabung Warisan Anak Selangor. Tabung ini diwujudkan selaras dengan tawaran Kerajaan Negeri untuk membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor.
2. Apakah faedah yang akan diterima daripada tabung ini?
Faedah-faedah yang akan diterima adalah seperti berikut:-
a) Setiap anak kelahiran akan diberi RM100 melalui pelaburan di dalam tabung ini.
b) Anak-anak akan dilindungi insurans sehingga berusia 18 tahun.
c) Pada usia 18 tahun, anak-anak ini berpeluang menerima RM1,500 seorang hasil daripada caruman di dalam pelaburan dana ini.
3. Apakah syarat-syarat permohonan tabung ini?
Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:-
a) Permohonan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja dan tertakluk kepada tafsiran anak Selangor. Bagi tujuan TAWAS tafsiran anak Selangor adalah seperti berikut:-
“Anak Selangor” bermaksud rakyat D.Y.M.M. Sultan Selangor yang memenuhi kriteria seperti berikut:-
• Warganegara Malaysia; dan
• Lahir di Negeri Selangor atau di luar Negeri Selangor; dan
• Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor; atau
• Ibu atau Bapa lahir di Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974.
b) Kelahiran mulai 1 Januari 2008 adalah layak untuk memohon. Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh enam bulan dari tarikh kelahiran dan bagi kelahiran sebelum tarikh pelancaran, permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pelancaran.
4. Bagaimana prosedur permohonan tabung ini?
Prosedur permohonan adalah seperti berikut:-
a. Pendaftaran bagi setiap anak adalah RM10.
b. Di peringkat permulaan, Pusat Pendaftaran akan dibuka pada waktu pejabat (8.00 pagi – 4.30 petang) di Tingkat 5, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
c. Setiap pendaftaran hendaklah dibuat oleh Ibubapa/penjaga dengan menyertakan dokumen sokongan (asal dan salinan) berikut:
(i) Sijil kelahiran / Mykid anak; dan
(ii) Kad Pengenalan Ibubapa/penjaga.
d. Setiap pendaftaran akan diberi Sijil Pelaburan yang perlu disimpan dengan baik sebagai bukti caruman di dalam Tabung ini.
5. Bagaimana sekiranya pemohon ingin membuat tuntutan atau mencairkan pelaburan?
Tuntutan boleh dibuat seperti berikut:-
a. Setiap pencarum boleh memilih untuk mencairkan pelaburan pada:
(i) Ulangtahun Pertama pada jumlah RM110.00;
ATAU
(ii) Ulangtahun ke-18 pada jumlah RM1,500.00.
b. Bagi Ibubapa/penjaga yang memilih pilihan (ii), pihak Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) akan menghubungi pencarum pada ulangtahun ke-18 untuk urusan bayaran caruman berjumlah RM1,500.00.
c. Pihak Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) juga berkemungkinan akan mengumumkan pembayaran bonus pada setiap 5 tahun selama tempoh caruman di dalam Tabung ini.
d. Bayaran akan dibuat kepada pencarum dengan hanya mengemukakan Sijil Pelaburan sebagai bukti caruman di dalam Tabung ini.
6. Bilakah tarikh pelaksanaannya?
31 Ogos 2008
Sumber:http://www.selangor.gov.my/main.php?Content=vertsectiondetails&VsItemID=239&VertSectionID=4&CurLocation=353&DC=
Sunday, November 16, 2008
MAJLIS HARI BERSAMA PELANGGAN JKKK KAMPUNG JENJAROM PADA 22 NOVEMBER 2008
Tarikh: 22 November 2008 bersamaan 24 Zulkaedah 1429H (Hari Sabtu)
Tempat: Balai Raya Kampung Jenjarom
Masa: Jam 8.30 PAGI
Aturcara:
1. Taklimat dan Pendaftaran Program Bumi Hijau
2. Pendaftaran Warga Emas – penduduk yang berusia 60 tahun ke atas.
3. Pendaftaran Anak kelahiran Selangor dilahirkan selepas Jun 2008 – TAWAS
4. Bancian Penduduk Miskin
5. Bancian Ibu Tunggal
Friday, November 14, 2008
Majlis Khatam Al-Quran & Hari Kecemerlangan Pelajar 2008 SR Agama Kg Jenjarom
Tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah mencapai keputusan cemerlang mengikut darjah dan khususnya kepada pelajar Muntaz 2008. Berikut senarai pelajar Mumtaz 2008:
1. Ikmal Hakim b. Zukefri - 97.2%
2. Ani Syuhada bt. Saroni - 94.4%
3. Fatin Nadia bt. Ikhsan - 94.2%
4. Nurul Fatihah bt. Azizman - 94.2%
5. Aina Hanom bt. Saihun - 93%
6. Hairina Afiqah bt. Ahmad - 92%
7. Rafi'uddin b. Mat Lajim - 92%
8. Aida Wafa bt Anuar - 91.8%
9. Nurul Afifah bt. Sharul Azman - 91.6%
10. Syazwana bt. Zurihan - 91.6%
11. Siti Nur Qurrotu Amni Nawwarah bt. Abd Manan - 91.2%
12. Nur Nabilah bt. Ahmad Pandi - 90.8%
13. Siti Nur Shahira bt. Nor Azli - 90.4%
14. Noor Aziah Jamilah bt. Mokhtar - 90.4%
15. Radin Hanisah bt. Radin Hamdi - 90.2%
16. Hana Nafisa bt. Mohd Johari - 90.2%
Thursday, November 13, 2008
Tahniah Kepada SK Jenjarom kerana Keputusan UPSR yang Cemerlang!
Sejumlah 29 orang murid telah berjaya memperoleh 5A dan 21 orang memperoleh 4A.
Moga usaha ini akan berterusan dan kami JKKK Kg Jenjarom akan sentiasa memberikan sokongan moral atas budi luhur warga pendidik SK Jenjarom keseluruhannya.
Senarai pelajar yang memperoleh 5A:
1. Adam Najmi b. Nor Azman
2. Faza Arif Putra b. Mohd Nor
3. Ikmal Hakim b. Zulkefri
4. Muhamad Arif b. Mohamad Ruzi
5. Mohd Syafiq b. Mohd Jani
6. Mohd Yusof b. Mohd Aris Fathillah
7. Nur Hafizi b. Nor Azmi
8. Rafiuddin b. Mat Lajim
9. Ain Nadihah bt. Fadzeron
10. Aina Hanum bt. Saihur
11. Anis Syuhadah bt.Saroni
12. Azra Aqilah bt. Mohd Hair
13. Azzariani bt. Roslie
14. Farah Amirah bt. Farizal
15. Fatimah Azzahra bt. Fyrrol Emron
16. Fatin Nadia bt. Ikhsan
17. Fatin Najihan bt. Ahmad Ramlan
18. Khairina Afiqah bt. Ahmad
19. Noor Aziah Jamilah bt. Mokhtar
20. Norazreen bt. Sazuki
21. Nur Hazimah bt Sudiro
22. Nurain Shaiera bt Mohd Hasram
23. Nurnabilah bt. Ahmad Pandi
24. Nurul Afifah bt. Sharul Azman
25. Nurul Fatihah bt. Azizman
26. Siti Nurshahirah bt Norazli
27. Syazwana bt Zurihan
28. Ummu Ulfah bt. Zainal
29. Nurul Farhani bt Kamarulzaman
TAHNIAH!
Wednesday, November 12, 2008
Lawatan Kerja YB Philip Tan ADUN Telok Datok ke Kg Jenjarom
Seterusnya YB Philip Tan dibawa ke beberapa lokasi jalan yang memerlukan tindakan segera untuk dibaiki juga balai bacaan yang terletak bersebelahan Surau Ngadimin yang perlu dicat semula serta dibuat bilik air/tandas yang lebih sempurna. Kami warga Kg Jenjarom mengucapkan terima kasih atas keprihatinan YB Philip Tan membantu dari aspek kemudahan awam di Kg Jenjarom. Semoga usaha murni ini akan berterusan selaras dengan slogan kerajaan Negeri Selangor iaitu Ke arah Negeri Berkebajikan.
Monday, November 10, 2008
Selamat Menghadapi Peperiksaan SPM & STPM
Sementara itu keputusan UPSR 2008 akan keluar pada 13 November 2008 bersamaan hari Khamis. Bukan sahaja anak-anak yang bakal menerima keputusan berdebar-debar malah ibu bapa turut sama berdebar-debar. Moga keputusan UPSR anak-anak khususnya warga Kg Jenjarom cemerlang dan dapat meningkatkan peratus kelulusan SK Jenjarom sama ada dalam bentuk kuantiti atau kualiti. Sama-sama kita tunggu keputusannya pada hari Khamis ini.
Sunday, November 9, 2008
Sukan Tahunan SK Jenjarom
SELAMAT MAJU JAYA KEPADA SEKOLAH KEBANGSAAN JENJAROM
Tuesday, November 4, 2008
40 pelajar dan 3 orang guru SMK USJ 12 ke Kg Jenjarom 11
Para pelajar sedang memasukkan serbuk kayu papan yang telah diproses
untuk dijadikan tempat cendawan dibenihkan
Saya hanya dapat membantu rakan-rakan JKKK pada sebelah petang setelah selesai tugas di sebelah pagi. Pada sebelah pagi Sdr Sarip, Sdr Bahri, Hj Adni, Sdr.hmad Pandi dan Ketua Kampung Hj Misnan telah menyambut kedatangan rombongan dari SMK USJ 12. Pada keseluruhannya, para pelajar & guru pengiring amat berpuas hati dengan lawatan ini.
Warga Kg Jenjarom mengalu-alukan kedatangan ahli rombongan dari SMK USJ 12, Subang Jaya.
Sunday, November 2, 2008
Lawatan 40 pelajar SMK USJ 12 ke Kg Jenjarom
JKKK Kg Jenjarom mengalu-alukan kehadiran rombongan dari SMK USJ 12 dan mengucapkan selamat datang kepada mereka.