Monday, November 10, 2008

Selamat Menghadapi Peperiksaan SPM & STPM

JKKK Kg Jenjarom mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan SPM yang akan bermula pada 11 November 2008 dan STPM bermula pada 18 November 2008 khususnya kepada calon SPM & STPM warga Kg Jenjarom serta semua calon seluruh Malaysia. Kami mendoakan anak-anak akan dapat menjawab soalan dengan tenang yang akhirnya memperoleh keputusan yang cemerlang. Insyaallah.

Sementara itu keputusan UPSR 2008 akan keluar pada 13 November 2008 bersamaan hari Khamis. Bukan sahaja anak-anak yang bakal menerima keputusan berdebar-debar malah ibu bapa turut sama berdebar-debar. Moga keputusan UPSR anak-anak khususnya warga Kg Jenjarom cemerlang dan dapat meningkatkan peratus kelulusan SK Jenjarom sama ada dalam bentuk kuantiti atau kualiti. Sama-sama kita tunggu keputusannya pada hari Khamis ini.

No comments: