Thursday, November 27, 2008

Kelas Tuisyen JKKK Kg Jenjarom

Kelas tuisyen anjuran JKKK Kg Jenjarom akan diadakan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu setiap minggu bermula pada 28 November 2008. Kelas ini akan diadakan di Balai Wanita, Kg Jenjarom. Untuk permulaan, kelas diadakan khusus untuk pelajar darjah 5 yang akan ke darjah 6 tahun depan dan melibatkan mata pelajaran Matematik. Usaha permulaan ini diharapkan akan menjadi titik tolak kepada kelas untuk subjek lain dan pelajar-pelajar kelas lain misalnya untuk kelas PMR, SPM dan STPM.
Biro Pendidikan, ICT dan Sumber Manusia JKKK Kg Jenjarom mengalu-alukan warga Kg Jenjarom khususnya para guru yang ingin menyumbangkan tenaga sebagai tenaga pengajar dalam kelas tuisyen yang akan diadakan untuk kelas-kelas yang lain.

No comments: