Monday, October 19, 2009

Majlis Meraikan Jamaah Haji 1430 H

Para jamaah bersalaman dan berpelukan bersama bakal haji
Salah seorang bakal hajjah sedang menerima sumbangan
En Saian menerima sumbangan daripada Tuan Hj Misnan
Amanat oleh Tuan Haji Ismail


Pada 16 Oktober 2009 bertempat di masjid al Falah Kg Jenjarom,pihak masjid di bawah kelolaan Biro Kebajikan telah mengadakan Majlis Meraikan Jamaah Haji Kg Jenjarom bagi musim haji 1430 H.Majlis dimulakan dengan ucapan dan juga amanat oleh Tuan Haji Ismail Mislan selaku Nazir Masjid yang juga merupakan salah seorang pembimbing Ibadat Haji Kg Jenjarom.Kemudin disusuli dengan ucapan Ustaz Rafei bin Hj Hashim selaku wakil jamaah haji.Sejurus selepas itu majlis menyampaikan sumbangan dan cenderahati kepada bakal haji telah disampaikan oleh Tuan Haji Ismail Mislan selaku wakil Masjid al Falah,Tuan Haji Misnan Ahmad mewakili JKKK Kg Jenjarom,En Maamin bin Hj Radiman mewakili PUSPACON dan Tuan Haji Masri Ismail bagi pihak Sri Ain Herb Sdn Bhd.Pada tahun ini seramai 6 orang penduduk Kg Jenjarom telah terpilih untuk menjadi tetamu Allah.Mereka ialah:

1.En Maarus bin Hj Radiman dan isteri Puan Hamidah bt Hj Kanan
( Berlepas ke Tanah Suci pada 20/10/2009 )

2.En Saian bin Hj Sapari dan isteri Puan Lailati bt Rembun
( Berlepas pada 24 / 10 / 2009 )

3.Puan Hjh Asiah bt Sojo
( Berlepas pada 20/10/2009 )

4. Puan Rujiah bt Harun
( Berlepas pada 4/11/2009 )

Manakala beberapa orang lagi sedang dalam senarai menunggu ( belum dapat tarikh daripada pihak Lembaga Tabung Haji ).Mereka ialah :

1.Ustaz Rafei b. Hashim dan isteri Puan Kamaliah bt Hj Sidek
2.Puan Hjh Rohayah bt Hj Mashudi dan ibu Puan Hjh Saodah bt Hj Rashid
3. Puan Asiah bt Hasit.

Penduduk Kg Jenjarom mendoakan semoga para jemaah haji kampung ini akan dapat melaksanakan ibadat haji dengan sempurna dan dipermudahkan segala urusan semasa di Tanah Suci serta mendapat haji yang mabrur.Insyaallah.Kepada bakal haji yang belum mendapat tarikh,didoakan moga diberikan rezeki dan dapat sampai ke Tanah Suci bersama-sama para jamaah yang lain.


Sunday, October 11, 2009

Sekitar Gambar Jamuan Eidul Fitri Kg Jenjarom Pada 10 Oktober 2009

En Dulbari dan keluarga bergambar selepas menerima Anugerah Keluarga Cemerlang 2009


En. Dulbari dan isteri menerima sijil Keluarga Cemerlang dan hamper daripada Hj Misnan Ahmad, Ketua Kampung Jenjarom

Antara 7 daripada 9 anak-anak En Dulbari yang hadir

Ketua Balai Polis Jenjarom & isteri turut hadir


En Misnan menerima sijil Keluarga Cemerlang dan hamper daripada Hj Misnan Ahmad, Ketua Kg Jenjarom



Para tetamu sedang menikmati hidangan yang disediakan

Alhamdulillah, majlis Jamuan Eidul Fitri 1430H telah berakhir dengan jayanya. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis, Pn Fauziah Hayat diikuti dengan bacaan doa oleh Ustaz Ashari Jumingan. Majlis diteruskan dengan ucapan Ustaz Hj Misnan Ahmad selaku Ketua Kampung dan penyampaian Sijil Kecemerlangan Akademik kepada pelajar UPSR, PSRA, PMR, SPM dan STAM 2008. JKKK juga telah menyampaikan cenderahati serta tempat pertama, kedua dan ketiga kepada pintu gerbang/gapuro yang terdapat di kampung kita. Acara kemuncak ialah penyampaian Sijil Keluarga Cemerlang kepada keluarga En Dulbari Bahro dan keluarga En Misnan atas kejayaan cemerlang anak-anak dalam bidang akademik. Persembahan marhaban oleh Kumpulan Al-Falah yang diketuai oleh Ustaz Azhari mengambil tempat sebelum jamuan makan dimulakan. Tahun ini ramai warga kampung yang hadir dalam jamuan ini sehingga semua hidangan licin! Insyaallah kami akan lakukan yang lebih baik tahun depan.

Thursday, October 8, 2009

Anugerah Keluarga Cemerlang Kg Jenjarom 2009 Oleh JKKK Kg Jenjarom

Pegawai Waran 1 (Bersara) Dulbahri Bin Bahro

Keluarga En Misnan

MAKLUMAT KELUARGA CEMERLANG KAMPUNG JENJAROM TAHUN 2009

Keluarga 1
Anak-anak Pegawai Waran 1 (B) Dulbahri Bin Bahro

Nama, Kelulusan dan Pekerjaan
1. Rozmi Bin Dulbahri, BSC (Hons), B’ham, UK
Town & Reg Planner
ICEP Planners Sdn Bhd
Consulting Town Planners
Kuala Lumpur

2. Zulkeflee Bin Dulbahri, Dip Arch, UTM
BA (Hons) Arch, Hull, UK
Perunding Alam Bina
Kuala Lumpur

3. Zuraini Bt Dulbahri, Sarjana Muda Pereka Fesyen, UITM
TV3 WD Executive
(Suri rumah)

4. Diana Bt Dulbahri, Diploma Pentadbiran Awam, UITM
Pegawai Tadbir Eksekutif, SIRIM, Shah Alam

5. Haryati Bt Dulbahri, Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan, UIA
Pegawai Tadbir,
Kementerian Pelajaran Malaysia

6. Umi Nadia Bt Dulbahri, BBA (Hons) Transport, UITM
Head Of Office,
Malaysia Building Society (MBBS), Bangi

7. Ikmal Bin Dulbahri, Diploma In Multimedia,
Politeknik Mara
Advertising & Production Executive

8. Aidil Bin Dulbahri, Diploma Pengajian Maklumat, UITM
Program Sarjana Muda Komunikasi & Pengajian Media, (Semester 4)UITM, Shah Alam Masih menuntut

9. Elida Bt Dulbahri, Diploma Pengurusan Teknologi Pejabat (Semester 5), UITM, Pahang Masih menuntut
Anak-anak Pegawai Waran 1 (B) Dulbahri Bin Bahro

KELUARGA 2

Nama Bapa Encik Misnan bin Md Mustar 60 tahun
Nama Ibu Puan Mariah bt Hj Alimi 64 tahun

Maklumat Anak-anak

NAMA JAWATAN KELULUSAN.

1. Puan Noorimah bt Misnan

Pensyarah Undang-undang
UiTM Dungun, Terengganu

i. Ijazah Sarjana Muda Undang-undang, UKM
ii. Master in Law, UKM

2. Cik Masina bt Misnan
Guru, SMK Jenjarom
i. Bachelor Sains ( Alam Sekitar ), UPM
ii. Diploma Pendidikan (Sains & Pengajian Am).
Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim, Kedah


3. Dr. Rosmilah bt Misnan
Pensyarah Perubatan
Universiti Darul Iman (KUSZA), Kuala Terengganu
i. Ijazah Sarjana Muda Sains Bioperubatan, UKM
ii. Master in Biomedicine Science , UKM
ii. PhD in Biomedicine Science, UKM and
Imperial College London, United Kingdom


4. Cik Suhana bt Misnan
Pembantu Tadbir N17
Pejabat Pelajaran Daerah
Kuala Langat

i. SPM, SMK Jenjarom

5. Dr Roszita bt Misnan
Pegawai Perubatan U41 (Doktor)
Hospital Teluk Intan, Perak
i.Ijazah Sarjana Muda Doktor Perubatan, UKM

6. Cik Asmah bt Misnan
Service Advisor, Perodua,
Ipoh, Perak
i. Diploma Kejuruteraan Elektronik, UTM

Hari Selasa dan Rabu saya ke rumah En Dulbahri untuk mendapatkan maklumat akademik anak-anaknya. 8 daripada 9 orang anak beliau masuk universiti, sementara seorang ke Politeknik Mara. Terharu mendengar cerita En Dulbahri yang membesarkan anak-anaknya yang memerlukan belanja yang besar. Malah semasa saya ke rumahnya, seorang anaknya di UITM mohon dikirimkan wang belanja. Memang menyekolahkan anak-anak terutama di peringkat universiti besar belanjanya. Walaupun anak-anak mendapat pinjaman PTPTN selalunya masih tidak cukup untuk menampung perbelanjaan pembelajaran anak-anak yang semakin tinggi sekarang.
Petang ini (Khamis) saya ke rumah Wak Misnan dan Wak Ya O dengan maksud yang sama. Saya disambut mesra oleh Wak Misnan yang semasa anak-anaknya di universiti dia menghantar anak-anaknya menaiki basikaldan akan lalu di hadapan rumah saya. Anak-anaknya duduk di belakang basikal bapanya dengan memegang beg. Saya sempat bercerita tentang hal ini dengan Wak Misnan. Dia ketawa. Ikhlas ketawanya. Membayangkan tawaduknya seorang ayah membesarkan anak-anaknya. Wak Ya O peramah orangnya. Rupanya makcik separuh abad yang kadang-kadang saya jumpa di kedai Bibah itu rupa-rupanya Wak Ya O yang anak-anaknya berjaya dalam bidang akademik. Memang peramah orangnya. Dia bertanya tentang ibu dan keluarga saya. Kami berbual rancak sambil mengambil data keluarga yang saya peroleh daripada Cikgu Masina yang baru mengajar di SMK Jenjarom setelah berpindah dari Johor. Saya juga sempat berborak dengan Dr Roszita yang kebetulan baru balik dari Hospital Teluk Intan. Pada raut wajah Wak Misnan dan Wak Ya O terpancar sinar ceria dan puas atas kejayaan anak-anaknya dalam bidang akademik. Sesungguhnya, kami warga Kampung Jenjarom berasa bangga dan bersyukur atas kejayaan mereka. Biarlah kejayaan ini akan menjadi pembakar semangat untuk anak-anak yang masih bersekolah agar berjaya seperti mereka.

Anugerah Pelajar Cemerlang Kg Jenjarom 2009

Sempena Majlis Jamuan Hari Raya JKKK Kg Jenjarom pada 10 Oktober jam 8.30 mlm di Dewan Orang Ramai JKKK Kg Jenjarom akan menyampaikan sijil kecemerlangan kepada pelajar UPSR, PSRA, PMR, SPM dan STAM 2008. Berikut ialah senarai nama pelajar yang akan menerima sijil tersebut:

SENARAI PELAJAR TERBAIK MUMTAZ 2008 (PSRA)



BIL NAMA PELAJAR JALAN
1 IKMAL HAKIM B. ZULKIFLI JLN MAHANG
2 RAFIUDDIN B. MAT LAJIM JLN MASJOYO
3 AINA HANUM BT. SAIHUN JLN SURAU
4 AIDA WAFA BT. ANUAR JLN MASJID
5 ANIS SYUHADAH SARONI JLN NENAS
6 FATIN NADIA BT. IKHSAN JLN MASJID
7 HANA NAFISAH BT. JOHARI
8 NURNABILAH BT. PANDI
9 SITI QURRATUAMNI NAWWARAH BT. ABDUL MANAN









SENARAI PELAJAR TERBAIK UPSR 2008 (5A)



BIL NAMA PELAJAR JALAN
1 AIN MADIHAH BT. FADZERUN
2 AINA HANUM BT. SAIHUN JLN SURAU
3 ANIS SYUHADAH BT. SARONI JLN NENAS
4 AZRA AQILAH BT. MOHD HAIR
5 FATIN NADIA BT. IKHSAN JLN MASJID
6 NURHAFIZI B. NOR AZMI
7 NORAZREEN BT. SAZUKI
8 NUR HAZIMAH BT SUPIRO
9 NURNABILAH BT. PANDI
10 FAZA ARIF PUTRA B. MOHD NOOR
11 MUHAMMAD ARIF B. MOHAMAD RUZI JLN ABU MASMOO
12 RAFIUDDIN B. MAT LAJIM JLN MASJOYO
13 IKMAL HAKIM B. ZULKIFLI JLN MAHANG
14 UMMU ULFAH BT. ZAINAL
15 NURUL FARHANANI BT. KAMARUZZAMAN
16 FATIN NAJIHA BT. AHMAD RAMLAY
17 SYAZWANA BT. ZURIHAN









SENARAI PELAJAR TERBAIK PMR 2008



BIL NAMA PELAJAR JALAN
1 AJMAL HAKIM ZULKIFLI
2 SITI SAFWAH BT. ROSLAN (BOMBA)
3 ZAIDATUL AMIRA BT. ZAINURI JLN HJ. IDRIS
4 NUR NAZLIYA ZAKARIA
5 SITI NUR AQIDAH BT. SAHARUDIN JLN RANCANGAN
6 NUDISHAM AMAR SYAFIQ SAIFUDIN
7 NAJWA AQILAH
8 AHMED UMAIR PANDI
9 NUR AINIS SHAMSUL BAHRI
10 NUR FARA ASYIKIN JUMIAN
11 HAFIZI B. FADLI JLN JAMBU AIR
12 ZULFIKAR B. HALIM



SENARAI PELAJAR TERBAIK SPM 2008



BIL NAMA PELAJAR JALAN
1 NUR FARAHIN ABD HALIM
2 NUR ASMYRA BT. SA'BAN JLN KLINIK
3 NUR HAFIZAH BT. NGABDUL JALIL JLN IDRIS
4 NUR YUHANIS BT. MOHD SALAM
5 RAIHANA BT. JUMINGAN
6 MARIA NAZRA BT. SALIM
7 AKMAL SAFRIN B. SARONI JLN NENAS
8 AFIQ B. JUMHURI
9 NUR KAMILAH BT. MA'FOL JLN MASJID
10 MOHD HAFIZUDDIN B. MAT KOHAR JLN SEKOLAH
11 NOR SAIDAH MAT SAKAM JLN SURAU
12 SITI NUR AISHAH AHMAD NASIR
13 SITI NUR AQILAH SARUDDIN JLN RANCANGAN
14 MOHD HAKIM KHAIRUDDIN









SENARAI PELAJAR TERBAIK STAM 2008



BIL NAMA PELAJAR
1 HUDA NABILAH BT. ISMANGIL
2 NUR LYANA BT. MAT TAHRIL
3 FATIN BT. OMAR
4 YANG SHAZWANI
5 FAIRUZ AL-HAFIZ
6 NUR ADHARIKA BT NGARIP
7 SITI HAMIZAH BT. MA'ARUS

Saturday, October 3, 2009

Dua Orang Pelajar Warga Kg Jenjarom di Universiti Andalas, Padang Selamat Pulang ke Tanah Air

Edisi kemas kini

Lina Liana Hj Adni


Noorazeeha Enuar


Nik Muhaimin Nik Ramli

Dua orang pelajar warga kampung kita iaitu Lina Liana Bt Hj Ahmad Adni, pelajar Tahun 5 Fakulti Kedoktoran, Universiti Andalas, Padang dan Noorazeeha Bt Enuar, pelajar Tahun 3 fakulti dan universiti yang sama telah selamat sampai ke kampung kita kira-kira jam 11.30 pagi 2 Oktober 2009. Mereka tiba di Lapangan Terbang Subang bersama kira-kira 323 pelajar Malaysia dengan menaiki 3 buah pesawat Tentera Udara Malaysia. Azeeha yang saya temui petang semalam melahirkan rasa syukur kerana selamat dalam malapetaka gempa bumi dengan kekuatan 7.6 skala richter yang turut saya rasai gegarannya pada kira-kira jam 6.18 ptg Rabu lalu. Kita turut bersyukur kerana kedua-dua anak jati kampung kita terselamat. Menurut Azeeha, universiti serta penginapannya rosak teruk dan pelajar-pelajar Malaysia sewaktu kejadian sempat melarikan diri tanpa dapat membawa barangan berharga serta bahan pembelajaran mereka kira-kira 5 km ke tempat selamat dan akhirnya dibawa menaiki pesawat tentera udara pada awal pagi Sabtu, 2 Oktober 2009.

Petang ini (3 Oktober 2009) saya berkunjung pula ke rumah Hj Adni untuk menemui anaknya Lina Liana dan di sana Nik Muhaimin yang berasal dari Perlis bermalam di rumah beliau sebelum pulang ke Perlis. Kedua-duanya menceritakan detik cemas dan pengalaman mereka semasa kejadian gempa bumi yang berlaku. Pengalaman mereka boleh diikuti melalui rakaman video yang dibuat.

Friday, October 2, 2009

Undangan Ke Majlis Perkahwinan Nur Hidayah dan Zairi

Tuan Haji Misnan Ahmad, Pengerusi JKKK merangkap Ketua Kampung Jenjarom dengan sukacitanya mengundang warga Kampung Jenjarom khususnya dan pengunjung blog yang mengenalinya ke Majlis Perkahwinan anak perempuannya Nurhidayah Bt Hj Misnan dengan Zairi Bin Mohd Juri pada:
Tarikh: 4 Oktober 2009 bersamaan 15 Syawal 1430H
Hari: Ahad
Masa: Pagi - Petang (Jamuan Makan)
Tempat: Lot 5562, Jalan Surau, Kg Jenjarom, Kuala Langat, Selangor.

Semoga kehadiran tuan/puan akan menyerikan lagi majlis tersebut dan memperoleh keberkatan daripada Allah swt.

Thursday, October 1, 2009

Jamuan Aidil Fitri 1430H

JKKK Kg Jenjarom akan mengadakan Jamuan Aidil Fitri pada:
Tarikh: 10 Oktober 2009
Hari: Sabtu
Masa: 8.30 malam
Tempat: Dewan Orang Ramai, Kg Jenjarom

Tentatif Program

8.30 mlm - Ketibaan tetamu
9.00 mlm - Ucapan Pengerusi Majlis
- Ucapan Ketua Kampung
9.15 mlm - Penyampaian Sijil Kecemerlangan Pelajar UPSR, PSRA, PMR dan SPM
- Penyampaian Hadiah/Cenderahati Pintu Gerbang dan Hiasan Rumah Tercantik
- Penyampaian Anugerah Ibu Bapa Cemerlang Kg Jenjarom
9.45 mlm - Jamuan Makan dan Persembahan
11.30 mlm - Majlis Tamat

Seluruh warga Kampung Jenjarom dipersilakan hadir.