Monday, October 19, 2009

Majlis Meraikan Jamaah Haji 1430 H

Para jamaah bersalaman dan berpelukan bersama bakal haji
Salah seorang bakal hajjah sedang menerima sumbangan
En Saian menerima sumbangan daripada Tuan Hj Misnan
Amanat oleh Tuan Haji Ismail


Pada 16 Oktober 2009 bertempat di masjid al Falah Kg Jenjarom,pihak masjid di bawah kelolaan Biro Kebajikan telah mengadakan Majlis Meraikan Jamaah Haji Kg Jenjarom bagi musim haji 1430 H.Majlis dimulakan dengan ucapan dan juga amanat oleh Tuan Haji Ismail Mislan selaku Nazir Masjid yang juga merupakan salah seorang pembimbing Ibadat Haji Kg Jenjarom.Kemudin disusuli dengan ucapan Ustaz Rafei bin Hj Hashim selaku wakil jamaah haji.Sejurus selepas itu majlis menyampaikan sumbangan dan cenderahati kepada bakal haji telah disampaikan oleh Tuan Haji Ismail Mislan selaku wakil Masjid al Falah,Tuan Haji Misnan Ahmad mewakili JKKK Kg Jenjarom,En Maamin bin Hj Radiman mewakili PUSPACON dan Tuan Haji Masri Ismail bagi pihak Sri Ain Herb Sdn Bhd.Pada tahun ini seramai 6 orang penduduk Kg Jenjarom telah terpilih untuk menjadi tetamu Allah.Mereka ialah:

1.En Maarus bin Hj Radiman dan isteri Puan Hamidah bt Hj Kanan
( Berlepas ke Tanah Suci pada 20/10/2009 )

2.En Saian bin Hj Sapari dan isteri Puan Lailati bt Rembun
( Berlepas pada 24 / 10 / 2009 )

3.Puan Hjh Asiah bt Sojo
( Berlepas pada 20/10/2009 )

4. Puan Rujiah bt Harun
( Berlepas pada 4/11/2009 )

Manakala beberapa orang lagi sedang dalam senarai menunggu ( belum dapat tarikh daripada pihak Lembaga Tabung Haji ).Mereka ialah :

1.Ustaz Rafei b. Hashim dan isteri Puan Kamaliah bt Hj Sidek
2.Puan Hjh Rohayah bt Hj Mashudi dan ibu Puan Hjh Saodah bt Hj Rashid
3. Puan Asiah bt Hasit.

Penduduk Kg Jenjarom mendoakan semoga para jemaah haji kampung ini akan dapat melaksanakan ibadat haji dengan sempurna dan dipermudahkan segala urusan semasa di Tanah Suci serta mendapat haji yang mabrur.Insyaallah.Kepada bakal haji yang belum mendapat tarikh,didoakan moga diberikan rezeki dan dapat sampai ke Tanah Suci bersama-sama para jamaah yang lain.


No comments: