Monday, September 29, 2008

Gambar Majlis Sumbangan Hari Raya untuk Anak Yatim oleh JKKK Kg Jenjarom











Majlis telah berjalan dengan lancar. sumbangan disampaikan oleh Ustaz Hj Misnan B. Ahmad selaku Ketua Kampung Jenjarom.

Saturday, September 27, 2008

Majlis Sumbangan Kepada Anak Yatim

JKKK Kg Jenjarom akan mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Anak-anak Yatim pada 28 Sep 2008 (Ahad) selepas solat Terawih di Balai Bacaan, Jln Surau Ngadimin, Kg Jenjarom. Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak menceriakan Hari Raya mereka.

Program 'Baraan' Hari Raya

Komuniti Bestari Kg Jenjarom akan mengadakan Program 'Baraan' sempena Hari Raya ini. Program yang julung-julung kali diadaka ini mempelawa warga Kg Jenjarom untuk turut serta dalam program ini. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Sdr Sarip Jayus ditalian 0136352342 selaku ketua program.

Ketupat 'manuk'

Pelbagai jenis ketupat


Ketupat 'manuk' bermaksud ayam atau burung dalam bahasa Sarawak memang unik kerana menyerupai seekor ayam. Cikgu Atika yang berasal dari Sarawak telah memgajar bagaimana ketupat 'manuk' dibuat.

Majlis Khatam Tadarus al-Quran

Majlis Khatam Tadarus al-Quran Rakan Muda dan Dewasa akan diadakan di Masjid al-Falah Kg. Jenjarom pada 28 September 2008 (Ahad) bersamaan 28 Ramadan 1429H. Majlis akan bermula selepas solat Asar diikuti Majlis Berbuka Puasa dan Solat Maghrib berjamaah. Warga Kg. Jenjarom dijemput hadir.
Program ini dianjurkan oleh Masjid al-Falah. JKKK Kg Jenjarom telah memberi sedikit sumbangan untuk majlis ini.

Sunday, September 21, 2008

Program Sumbangan Hari Raya kepada anak yatim, ibu tunggal, warga emas & kurang mampu

Gambar menunjukkan penerima sumbangan sedang menjamu selera semasa berbuka puasa dan menerima sumbangan daripada YB Philip Tan, ADUN Telok Datok dan Ketua Kampung Jenjarom, Tn Hj Misnan b. Ahmad














Progam diadakan pada 20 September 2008 bertempat di Masjid al-Falah, Kg. Jenjarom anjuran JKKK Kg Jenjarom. Sumbangan diberikan oleh YB Philip Tan ADUN Telok Datok dan PIBG SMK Jenjarom.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri daripada JKKK Kg Jenjarom

HADIAH ANAK MASUK UNIVERSITI

Maklumat Terkini (1 Ogos 2008)
1. Pindaan borang kali kedua : KLIK UNTUK MUAT TURUN BORANG
*Borang pindaan ini dikemukakan bagi mengatasi masalah permohonan yang tidak lengkap untuk tujuan proses pembayaran. Bagaimanapun borang sebelum ini yang telah dimuat turun masih boleh digunakan. Borang yang telah dihantar juga masih sah.

Sila pastikan perkara berikut dipatuhi :
(i) Permohonan yang dihantar hendaklah dipastikan lengkap bagi mengelakkan kelewatan proses pembayaran;

(ii) Setiap salinan dokumen dan perakuan pada borang hendaklah DISAHKAN BENAR oleh pihak-pihak yang dinyatakan SAHAJA; dan

(iii) Bagi permohonan secara pengkreditan terus (direct debit), sila pastikan bahawa akaun bank pemohon adalah AKTIF dengan mengemukakan salinan muka depan dan mukasurat transaksi terakhir buku akaun bank pemohon. Akaun yang TIDAK AKTIF boleh menyebabkan kegagalan proses pembayaran.



--------------------------------------------------------------------------------
Q : Bagaimana saya boleh memohon Hadiah Pengajian IPT yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor ini?
A : Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Rasmi Anak Masuk Universiti (BPSM/HPIPT/2008) yang boleh diperolehi daripada sumber-sumber seperti berikut:
(i) Kaunter Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran di alamat berikut:
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40000 Shah Alam
(ii) Memuat turun (download) borang permohonan melalui laman web rasmi Negeri Selangor, iaitu: www.selangor.gov.my; (Klik Untuk Muat Turun Borang HPIPT)
(iii) Pejabat Pentadbiran Hal Ehwal Pelajar/ Pusat Pemajuan Pelajar di IPTA masing-masing;
(iv) Pejabat Daerah/ Tanah dan Pejabat Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Negeri Selangor.

Q : Apakah syarat-syarat kelayakan bagi permohonan Hadiah Pengajian IPT ini?
A : (i) Pemohonan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja.
(ii) Pemohon juga merupakan Rakyat D.Y.M.M. Sultan Selangor yang memenuhi kriteria seperti berikut:
• Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
• Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
• Pemohon lahir di Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974.
(iii) Pemohon telah ditawarkan tempat untuk memasuki Tahun Pertama (Semester Pertama) mulai Julai 2008 sahaja.
(iv) Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa (full-time courses) di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjanamuda dan Diploma sahaja. (Matrikulasi/ Kursus Persediaan/ Tahun Asas/ A-Level/ Kursus Profesional seperti ACCA serta pengajian secara jarak jauh (PJJ)/ luar kampus (PLK) adalah tidak layak memohon).
(v) Pemohon telahpun mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian.
(vi) Pendapatan isi rumah Ibu Bapa/ Penjaga pemohon berjumlah RM1,500 ke bawah.

Q : Saya lahir di Negeri Selangor, tetapi ibu bapa saya tidak lahir di Negeri Selangor. Adakah saya layak memohon?
A : Layak berdasarkan kriteria: Pemohon lahir di Negeri Selangor.

Q : Saya lahir di Negeri Kelantan, tetapi Ibu saya lahir di Selangor. Adakah saya layak memohon?
A : Layak berdasarkan kriteria: Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Selangor.

Q : Saya telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian di IPT Swasta (IPTS), iaitu Universiti Teknologi Petronas (UTP). Adakah IPT saya tersenarai bagi pemberian hadiah ini?
Layak sekiranya pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjanamuda atau Diploma.

Q : Saya sedang mengikuti pengajian Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Masters of Business Administration) Tahun Pertama di Universiti Kebangsaan Malaysia secara sepenuh masa (full time). Adakah saya layak?
A : Tidak layak kerana syarat-syarat kelayakan adalah untuk pemohon yang mengikuti pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjanamuda sahaja.

Q : Saya sedang mengikuti pengajian A-Level sebagai persediaan bagi pengajian ke luar negara.
A : Pengajian di peringkat Matrikulasi/ Kursus Persediaan/ Tahun Asas/ A-Level/ Kursus Profesional seperti ACCA serta pengajian secara jarak jauh (PJJ)/ luar kampus (PLK) adalah tidak layak memohon. Walau bagaimanapun, pemohon hanya layak dipertimbangkan setelah mendaftarkan diri bagi mengikuti pengajian peringkat Diploma ataupun Ijazah Sarjanamuda pada tahun berikutnya.

Q : Saya kini telah bekerja dan pada masa yang sama sedang mengikuti pengajian luar kampus (PLK) peringkat Diploma di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam bidang Pengurusan dan Teknologi Pejabat.
A : Tidak layak kerana syarat-syarat kelayakan adalah untuk pemohon yang mengikuti pengajian secara sepenuh masa (full time) sahaja.

Q : Saya merupakan pelajar Tahun Akhir (semester ke-lapan) di Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjanamuda Kejuruteraan.
A : Tidak layak kerana syarat-syarat kelayakan adalah untuk pemohon yang mendaftarkan diri untuk Tahun Pertama (semester pertama) bagi sesi pengajian mulai Julai 2008 sahaja.

Q : Saya telah ditawarkan tempat untuk mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjanamuda di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) tetapi belum mendaftarkan diri.
A : Pemohon hanya boleh memohon setelah mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian.

Q : Saya telah ditawarkan tempat untuk mengikuti pengajian di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai Johor, tetapi terpaksa menangguhkan pendaftaran pada tahun 2008 atas sebab kesihatan.
A : Pemohon hanya boleh memohon setelah mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian pada tahun berikutnya.

Q : Pendapatan Bapa saya berjumlah RM1,250.00 manakala Ibu saya adalah suri rumah.
A : Layak berdasarkan pendapatan isi rumah Ibu/ Bapa berjumlah RM1,500.00 ke bawah.

Q : Ibu dan Bapa saya bekerja, tetapi jumlah pendapatan mereka adalah kurang daripada RM1,500.00.
A : Layak berdasarkan pendapatan isi rumah Ibu/ Bapa berjumlah RM1,500.00 ke bawah.

Q : Saya dipelihara oleh Bapa Saudara saya sejak berumur 10 tahun memandangkan Ibu dan Bapa telah berpisah dan saya mempunyai masalah untuk mendapatkan maklumat pendapatan Ibu/ Bapa saya.
A : Pendapatan yang akan diambilkira adalah pendapatan Penjaga, iaitu Bapa Saudara pemohon.


Q : Apakah dokumen-dokumen lampiran yang mesti dikemukakan untuk permohonan hadiah ini?
A : Pemohon hendaklah mengisi Borang Permohonan Rasmi Hadiah Pengajian IPT (RM1,000) (BPSM/HPIPT/2008) dengan menyertakan dokumen-dokumen lampiran seperti berikut:
(i) Salinan Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan pemohon
(ii) Salinan Kad Pengenalan Ibu/ Bapa pemohon;
(iii) Surat Tawaran Kemasukan daripada IPT;
(iv) Pengesahan pendaftaran diri pelajar oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar/ Hal Ehwal Akademik/ Pusat Pemajuan Pelajar/ Bendahari Institusi/ Dekan Fakulti/ Ketua Pusat;
(v) Salinan Penyata Pendapatan/ Penyata KWSP/ Slip Gaji/ Perakuan Pendapatan (surat perakuan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung bagi yang bekerja sendiri) Ibu Bapa/ Penjaga pemohon; dan
(vi) Salinan muka depan Buku Akaun Bank pemohon.

Q : Saya telah mengisi borang permohonan dengan lengkap berserta dokumen lampiran yang dikehendaki. Di mana saya perlu menyerahkan borang permohonan ini?
A : Borang permohonan yang telah lengkap diisi boleh dikemukakan ke Kaunter Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran di alamat berikut:
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Cawangan Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40000 Shah Alam

Q : Adakah pemohon diberi pilihan untuk menerima pembayaran RM1,000 tersebut?
A : Bayaran hadiah berjumlah RM1,000 akan dibuat menerusi dua (2) kaedah pembayaran mengikut pilihan pemohon, iaitu:
(i) Pengkreditan terus ke akaun pemohon; atau
(ii) Melalui cek atas nama pemohon.

Q : Berapa lama tempoh masa yang perlu saya tunggu untuk menerima pembayaran RM1,000?
A : Bayaran akan dibuat dalam tempoh dua (2) minggu (10 hari bekerja) selepas Borang Hadiah Pengajian IPT yang lengkap diterima oleh pihak Urusetia.

Q : Sekiranya saya mempunyai sebarang masalah/ kemusykilan berkenaan permohonan hadiah ini, siapakah yang perlu saya hubungi untuk mendapatkan bantuan/ penerangan?
A : Untuk sebarang kemusykilan atau pertanyaan, sila hubungi:
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-5544 7480/ 7481/ 7482
Faks: 03-5510 4095/ 5513 5564

Q. Bilakah tarikh pelaksanaannya?
A : Julai 2008



--------------------------------------------------------------------------------

MESRA USIA EMAS

1. Apakah tujuan program Mesra Usia Emas ini dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri?

Program Mesra Usia Emas ini bertujuan untuk memberi manfaat dalam bentuk perlindungan bernilai RM 2,500.00 kepada warga emas yang berusia 60 tahun ke atas (yang telah mendaftar secara rasmi), selepas beliau disahkan meninggal dunia. Program ini membuktikan keprihatinan yang tinggi Kerajaan Negeri terhadap rakyatnya, khususnya golongan warga emas.

2. Bilakah tarikh program Mesra Usia Emas ini akan beroperasi secara rasmi?

Program Mesra Usia Emas ini dijangka akan beroperasi sekitar Oktober 2008, dan tertakluk kepada sebarang pengumuman rasmi dari semasa ke semasa . Ia telah dilancarkan secara rasmi pada 20 Jun 2008 yang lalu. Manakala Logo rasmi Mesra Emas pula (seperti yang telah dipaparkan di Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri) telah dilancarkan pada 30 Ogos 2008, sempena Sambutan Perayaan Ambang Merdeka, dan Perbarisan dan Perarakan Kemerdekaan ke-51 Peringkat Negeri Selangor

3. Siapakah kumpulan sasar yang boleh menyertai program Mesra Usia Emas ini?

Program ini terbuka kepada semua warga emas di Negeri Selangor yang telah berumur 60 tahun ke atas, DAN

- Lahir di Negeri Selangor ATAU

- Lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974 ATAU

- Telah bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun.

4. Bagaimanakah cara untuk menyertai Mesra Usia Emas?

Apabila ia telah beroperasi secara rasmi kelak, pemohon boleh berdaftar dengan mengisi dan menyerahkan kembali borang yang boleh didapati di Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat-pejabat Daerah&Tanah, Pejabat Penghulu, Pejabat ADUN dan Pengendali Mesra Usia Emas ini. Setiap permohonan yang dibekalkan dengan satu Kad Pendaftaran kepada warga emas tersebut.

Buat masa ini, Borang Maklumat Asas Pelanggan (BUKAN Borang Pendaftaran Rasmi) bagi menyertai Mesra Usia Emas boleh didapati dan diserahkan semula di semua Pusat Khidmat MES yang sedang beroperasi di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Shah Alam), Pejabat-pejabat Daerah & Tanah, Pihak-pihak Berkuasa Tempatan dan Pusat-pusat Khidmat ADUN di seluruh Negeri Selangor. Borang ini boleh didapati dengan percuma , tiada yuran pendaftaran, dan tiada sebarang dokumen sokongan perlu dikemukakan semasa mengemukakan Borang tersebut. Borang ini akan diserahkan kepada Pengendali Mesra Usia Emas apabila beroperasi secara rasmi kelak, dan tertakluk kepada tindakan yang diambil seterusnya oleh pihak Pengendali ini.

5. Apakah manfaat atau faedah yang diperoleh daripada menyertai program ini?

Program ini menyediakan manfaat perlindungan kepada warga emas yang telah mendaftar, di mana sejumlah wang tunai RM500.00 akan diterima oleh wasi dengan segera dalam tempoh 24 jam selepas pihak Pengendali polisi Mesra Usia Emas menerima laporan berlakunya kematian warga emas tersebut (atau selewat-lewatnya dalam tempoh 90 hari selepas berlakunya kematian). Manakala baki RM2,000.00 akan disediakan dalam bentuk cek oleh Pengendali Mesra Usia Emas sebaik sahaja lain-lain dokumen seperti salinan Sijil Kematian lengkap diterima.

6. Siapakah yang boleh membuat tuntutan ke atas manfaat perlindungan tersebut?

Tuntutan hendaklah dibuat oleh wasi (orang yang dilantik untuk menunaikan wasiat), seperti yang dinyatakan di dalam Borang Pendaftaran Rasmi semasa pendaftaran dibuat.

PERTANYAAN-PERTANYAAN BERKAITAN TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR (TAWAS)

1. Apakah yang dimaksudkan dengan TAWAS?
TAWAS adalah singkatan kepada Tabung Warisan Anak Selangor. Tabung ini diwujudkan selaras dengan tawaran Kerajaan Negeri untuk membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor.

2. Apakah faedah yang akan diterima daripada tabung ini?
Faedah-faedah yang akan diterima adalah seperti berikut:-
a) Setiap anak kelahiran akan diberi RM100 melalui pelaburan di dalam tabung ini.
b) Anak-anak akan dilindungi insurans sehingga berusia 18 tahun.
c) Pada usia 18 tahun, anak-anak ini berpeluang menerima RM1,500 seorang hasil daripada caruman di dalam pelaburan dana ini.

3. Apakah syarat-syarat permohonan tabung ini?
Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:-
a) Permohonan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja dan tertakluk kepada tafsiran anak Selangor. Bagi tujuan TAWAS tafsiran anak Selangor adalah seperti berikut:-
“Anak Selangor” bermaksud rakyat D.Y.M.M. Sultan Selangor yang memenuhi kriteria seperti berikut:-
• Warganegara Malaysia; dan
• Lahir di Negeri Selangor atau di luar Negeri Selangor; dan
• Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor; atau
• Ibu atau Bapa lahir di Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974.
b) Kelahiran mulai 1 Januari 2008 adalah layak untuk memohon. Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh enam bulan dari tarikh kelahiran dan bagi kelahiran sebelum tarikh pelancaran, permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pelancaran.

4. Bagaimana prosedur permohonan tabung ini?
Prosedur permohonan adalah seperti berikut:-
a. Pendaftaran bagi setiap anak adalah RM10.
b. Di peringkat permulaan, Pusat Pendaftaran akan dibuka pada waktu pejabat (8.00 pagi – 4.30 petang) di Tingkat 5, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
c. Setiap pendaftaran hendaklah dibuat oleh Ibubapa/penjaga dengan menyertakan dokumen sokongan (asal dan salinan) berikut:
(i) Sijil kelahiran / Mykid anak; dan
(ii) Kad Pengenalan Ibubapa/penjaga.
d. Setiap pendaftaran akan diberi Sijil Pelaburan yang perlu disimpan dengan baik sebagai bukti caruman di dalam Tabung ini.

5. Bagaimana sekiranya pemohon ingin membuat tuntutan atau mencairkan pelaburan?
Tuntutan boleh dibuat seperti berikut:-
a. Setiap pencarum boleh memilih untuk mencairkan pelaburan pada:
(i) Ulangtahun Pertama pada jumlah RM110.00;

ATAU

(ii) Ulangtahun ke-18 pada jumlah RM1,500.00.

b. Bagi Ibubapa/penjaga yang memilih pilihan (ii), pihak Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) akan menghubungi pencarum pada ulangtahun ke-18 untuk urusan bayaran caruman berjumlah RM1,500.00.

c. Pihak Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) juga berkemungkinan akan mengumumkan pembayaran bonus pada setiap 5 tahun selama tempoh caruman di dalam Tabung ini.

d. Bayaran akan dibuat kepada pencarum dengan hanya mengemukakan Sijil Pelaburan sebagai bukti caruman di dalam Tabung ini.

6. Bilakah tarikh pelaksanaannya?
31 Ogos 2008