Tuesday, September 29, 2009

Sekitar Ihya Ramadhan 1430 Masjid al- Falah

Syoknye buke pose ramai-ramai..Kalau hari-hari macam ni kan best!

Menu special khas untuk budak-budak ngaji..Rezeki Ramadhan



Peserta Tadarrus Ramadhan 2009..Tahun depan join lagi ye..Jangan jemu datang masjid...


Penyampain 'duit raya' disempurnakan oleh Dato' Ketua Kampung


Ucapan oleh dato Ketua Kampung


Tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Hj Ismail


Tuan Haji Jais sedang memimpin Majlis Khatam al Quran



Peserta Khatam sedang khusyuk mengikuti bacaan al Quran



Salah seorang peserta mengalunkan bacaan ayat suci al Quran



Alhamdulillah,Ramadhan 1430 H berlalu dengan seribu pengertian.Moga Allah mempertemukan kita dengan Ramadhan tahun hadapan.Pada 18 September 2009 yang lalu,Masjid al Falah melalui Biro Belia dan Riadhah telah mengadakan "Majlis Khatam al Quran Belia dan Remaja" bersempena Ihya Ramadhan 2009.Program ini merupakan pengisian rutin Ramadhan sejak tahun 1990 an lagi.Pada tahun ini seramai 25 orang remaja Kampung Jenjarom telah menyertai program Tadarrus al Quran.Majlis dimulai Majlis Khatam al Quran yang dipimpin oleh Tuan Haji Jais bin Satim selaku Imam Masjid al Falah Kg Jenjarom diikuti oleh ucapan aluan daripada Ustaz Khairunnahar bin Haji Yusop selaku Ketua Biro Belia dan Riadhah Masjid al Falah.
Majlis kemudian diteruskan dengan Tazkirah ringkas dan ucapan oleh Tuan Haji Ismail bin Mislan selaku Nazir Masjid al Falah dan diikuti oleh ucapan daripada Tuan Haji Misnan bin Hj Ahmad selaku Ketua Kampung Jenjarom.Sebagai menghargai komitmen dan penyertaan peserta tadarrus,pihak Masjid al Falah telah menyampaikan 'duit raya' kepada setiap peserta khatam al Quran.
Kemuncak majlis ialah Iftor Jamai bersama-sama para jamaah masjid.Harapan daripada pihak masjid agar pada tahun hadapan lebih ramai lagi remaja dan belia yang akan turut serta dalam majlis yang penuh barakah ini.










Tuesday, September 22, 2009

Pintu Gerbang Sempena Syawal di Kg Jenjarom







Sempena Syawal 1430H ini ada 6 pintu gerbang atau istilah tempatannya 'gapuro' telah didirikan oleh anak-anak muda warga Kampung Jenjarom. 'Gapuro' ini biasanya didirikan di simpang jalan. Selain memeriahkan lagi suasana malam syawal, 'gapuro' juga menggambarkan kreativiti anak-anak muda kampung kita. Budaya ini telah pun bermula sejak zaman remaja saya. Pada zaman itu, kami beramai-ramai ke dalam hutan berhampiran untuk mencari kayu dibuat tiang.(yang kini sudah diusahakan oleh FELCRA dengan tanaman kelapa sawit). Sementara, pelita yang digunakan ialah pelita minyak tanah. Sesuai dengan peredaran zaman, kini digunakan lampu dengan kuasa elektrik. Yang sama ialah malam syawal kami meriah dengan sinaran lampu dan seronok dengan hasil yang diperoleh.
Nota: Satu 'gapuro' tidak 'bernyala' semasa hendak diambil gambar.

Sunday, September 20, 2009

Program Baraan JKKK Kg Jenjarom


Video Program Baraan - Edisi kemas kini

Kuih tradisional Mesir ole-ole Fairuz yang pulang bercuti

Di rumah Tn Hj Misnan Ahmad
Tn Hj Misnan Ahmad


Di rumah Tn Hj Basuki




Di rumah Tn Hj Mansor Radiman

Di rumah Tn Hj Adni Baruti

Di rumah Sdr Mesari Jasman

Alhamdulillah, Program Baraan telah berjaya diadakan pada 29 Ramadan 1430H. Program dimulakan dengan solat Isyak berjemaah di Masjid al-Falah, Kg Jenjarom. Diikuti dengan bertakbir di masjid. Program diteruskan dengan mengunjungi rumah Sdr Mesari Jasman. Setelah bertakbir dan bertahmid serta menjamu juadah peserta meneruskan baraannya ke rumah Tn Hj Adni Baruti, Tn Hj Mansor Radiman, Tn Hj Basuki Yusof dan akhir sekali Tn Hj Misnan Ahmad selaku Ketua Kampung. Baraan ini diketuai oleh Ustaz Ashari Jumingan bersama kira-kira 20 orang yang terdiri daripada pelbagai peringat umur. Yang menariknya hampir kesemua peserta akan mengetuai bacaan takbir secara bergilir di setiap rumah tidak ketinggalan adik Farhan, Arif dan Aizam yang masih di Tingkatan 1. Ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini semoga mendapat keberkatan daripada Allah swt. Insyaallah.

Dalam perjalanan ke rumah Tn Hj Adni dan Tn Hj Mansor, saya sempat mengambil gambar 'gapuro' untuk dikongsi dengan pengunjung blog ini. Saya akan membuat liputan khas tentang 'gapuro' kelak.

Saturday, September 19, 2009

SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN

JKKK Kg Jenjarom mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan maaf zahir batin kepada seluruh warga Kampung Jenjarom dan para pengunjung blog ini. Walaupun dalam keadaan ekonomi yang agak suram, JKKK percaya perayaan ini tetap disambut dengan penuh kesederhaan dan meriah. Apa yang lebih penting ialah kita telah berjaya menunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim iaitu berpuasa dan menunaikan zakat fitrah.

Sempena Aidil Fitri ini marilah kita saling bermaafan dan kunjung-mengunjung bagi mengeratkan lagi silaturahim sesama warga kampung secara keseluruhannya. Bagi anak-anak dan kaum remaja khususnya berhati-hatilah semasa bermain bunga api atau mercun. Kita tidak mahu kemeriahan perayaan ini dicemari dengan kecederaan akibat bermain bunga api atau mercun. Alhamdulillah sehingga kini, hampir tiada kes sedemikian berlaku di kampung tercinta ini.

Sempena Hari Raya ini, JKKK juga akan memberikan hadiah pada pintu gerbang atau 'gapuro' yang paling cantik. Hadiah ini akan disampaikan pada Majlis Jamuan Hari Raya kelak. Budaya membina 'gapuro' ini juga menjadi satu lagi budaya positif yang diamalkan oleh anak-anak muda warga kampung kita. JKKK berasa bangga atas inisiatif anak-anak muda yang meneruskan budaya ini.

Akhirnya, JKKK Kg Jenjarom sekali lagi mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI kepada seluruh warga Kampung Jenjarom.

Thursday, September 17, 2009

Program Baraan Aidil Fitri 1430H

- Telah dikemaskini
JKKK Kg. Jenjarom akan menganjurkan Program Baraan sempena kedatangan Aidil Fitri ini sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT . Selain itu, program ini juga bertujuan mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga kampung khususnya yang menyertai program ini. Warga kampung dialu-alukan untuk menyertai program yang julung-julung kali diadakan. Sebarang pertanyaan berhubung program baraan boleh diajukan kepada Pn. Fauziah Hayat di talian 019-22247790. Maklumat lanjut program tersebut adalah seperti di bawah:
a. Tarikh: 19 September 2009 / 29 Ramadan 1430H (Tarikh diambil pada malam hari raya)
b. Tentatif Program:
i. Solat Isyak berjemaah di Masjid al-Falah dan bertakbir
ii. Destinasi pertama - rumah Sdr Mesari Jasman (SU JKKK)
iii. Destinasi kedua - rumah Tn. Hj Adni Baruti (Ahli JKKK)
iv. Destinasi ketiga - rumah Tn Hj Mansor Radiman (Ahli JKKK)
v. Destinasi keempat - rumah Tn Hj Basuki Yusof (Bendahari JKKK)
vi. Destinasi kelima - rumah Tn Hj Misnan Bin Ahmad (Ketua Kampung Jenjarom)
c. Ketua Baraan - Ustaz Muhammad Ashari Jumingan bersama Kumpulan Al-Falah

Nota: Baraan merupakan istilah Jawa yang membawa makna suatu kumpulan yang bergerak dari rumah ke rumah sambil bertakbir dan bertahmid serta membaca doa selamat apabila sampai di sesebuah rumah. Kebiasaannya baraan diadakan sempena sesuatu perayaan khususnya Hari Raya Puasa. Selalunya tuan rumah akan menyediakan juadah kepada peserta baraan yang datang ke rumah mereka. JKKK akan membuat liputan audio video sempena baraan kali ini dan akan dipaparkan dalam blog ini untuk dikongsi bersama dengan anda.

Sunday, September 13, 2009

Kisah Arnab Lagi


Sdr Ramlan di hadapan kandang arnabnya
Arnab berusia 2 minggu

Arnab berusia sehari
Arnab yang mendapat permintaan tinggi di pasaran

Salah satu arnab yang mendapat permintaan tinggi






Anak-anak memang suka dengan arnab

Selepas saya memuatkan hobi membela arnab Sdr Ramlan dalam blog ini dua kesan segera telah beliau peroleh. Pertama, beliau banyak menerima panggilan daripada peminat arnab sehingga menyebabkan permintaan arnabnya mendadak naik. Malah beliau menghantar sendiri permintaan hingga ke Damansara. Kedua, beliau telah dihubungi oleh seorang pegawai Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA) bagi mendapatkan maklumat lanjut dan terperinci tentang ternakan arnab yang diusahakan. Maklumat yang diperoleh akan dimuatkan dalam laman web telecentre yang dikelolakan oleh KETTHA. Begitulah kesannya teknologi maklumat terhadap kehidupan kita. Bagi JKKK apa yang kami buat hanyalah sokongan moral kepada usahawan Melayu untuk terus berjaya. Insyaallah kami akan paparkan beberapa lagi usahawan kampung kita untuk dikongsi bersama dan diharap dapat memperoleh kesan seperti saudara Ramlan. Kami paparkan koleksi gambar terbaru saudara Ramlan dan arnabnya.
Saudara Ramlan boleh dihubungi melalui no telefon: 017-2360046

Friday, September 11, 2009

Majlis Sumbangan Aidil Fitri Kepada Keluarga Miskin, OKU dan Anak Yatim

Salah seorang penerima sumbangan sedang menerimannya daripada YB Philip Tan

YB Philip Tan dan Ketua Kampung Sg Jarom turut serta 'berbuka puasa'

YB Philip Tan bergambar bersama Ketua Kampung Jenjarom, Ketua Kampung Seri Chedding yang turut hadir serta Ahli JKKK Kg Jenjarom
Para penerima sumbangan sedang mengambil juadah berbuka puasa


JKKK Kg Jenjarom telah mengadakan Majlis Sumbangan Aidil Fitri kepada keluarga miskin, Orang Kurang Upaya dan anak-anak yatim pada 11 September 2009 bersamaan 21 Ramadan 1430H bertempat di Masjid al-Falah, Kg Jenjarom. Penerima sumbangan tersebut ialah 67 orang miskin, 12 OKU dan 42 anak yatim yang masing-masing menerima RM50.00 dan beras untuk orang miskin dan RM50.00 untuk OKU serta RM20.00 untuk setiap anak yatim. Sungguhpun sumbangan tersebut bukanlah besar jumlahnya, namun dengan sumbangan tersebut sedikit sebanyak diharapkan dapat menyenankan hati penerimanya sempena Aidil Fitri ini. Sumbangan adalah daripada Kerajaan Negeri Selangor dan telah disampaikan oleh YB Philip Tan, ADUN Telok Datok.