Sunday, October 11, 2009

Sekitar Gambar Jamuan Eidul Fitri Kg Jenjarom Pada 10 Oktober 2009

En Dulbari dan keluarga bergambar selepas menerima Anugerah Keluarga Cemerlang 2009


En. Dulbari dan isteri menerima sijil Keluarga Cemerlang dan hamper daripada Hj Misnan Ahmad, Ketua Kampung Jenjarom

Antara 7 daripada 9 anak-anak En Dulbari yang hadir

Ketua Balai Polis Jenjarom & isteri turut hadir


En Misnan menerima sijil Keluarga Cemerlang dan hamper daripada Hj Misnan Ahmad, Ketua Kg Jenjarom



Para tetamu sedang menikmati hidangan yang disediakan

Alhamdulillah, majlis Jamuan Eidul Fitri 1430H telah berakhir dengan jayanya. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis, Pn Fauziah Hayat diikuti dengan bacaan doa oleh Ustaz Ashari Jumingan. Majlis diteruskan dengan ucapan Ustaz Hj Misnan Ahmad selaku Ketua Kampung dan penyampaian Sijil Kecemerlangan Akademik kepada pelajar UPSR, PSRA, PMR, SPM dan STAM 2008. JKKK juga telah menyampaikan cenderahati serta tempat pertama, kedua dan ketiga kepada pintu gerbang/gapuro yang terdapat di kampung kita. Acara kemuncak ialah penyampaian Sijil Keluarga Cemerlang kepada keluarga En Dulbari Bahro dan keluarga En Misnan atas kejayaan cemerlang anak-anak dalam bidang akademik. Persembahan marhaban oleh Kumpulan Al-Falah yang diketuai oleh Ustaz Azhari mengambil tempat sebelum jamuan makan dimulakan. Tahun ini ramai warga kampung yang hadir dalam jamuan ini sehingga semua hidangan licin! Insyaallah kami akan lakukan yang lebih baik tahun depan.

No comments: