Keluarga 1
Anak-anak Pegawai Waran 1 (B) Dulbahri Bin Bahro
Nama, Kelulusan dan Pekerjaan
1. Rozmi Bin Dulbahri, BSC (Hons), B’ham, UK
Town & Reg Planner
ICEP Planners Sdn Bhd
Consulting Town Planners
Kuala Lumpur
2. Zulkeflee Bin Dulbahri, Dip Arch, UTM
BA (Hons) Arch, Hull, UK
Perunding Alam Bina
Kuala Lumpur
3. Zuraini Bt Dulbahri, Sarjana Muda Pereka Fesyen, UITM
TV3 WD Executive
(Suri rumah)
4. Diana Bt Dulbahri, Diploma Pentadbiran Awam, UITM
Pegawai Tadbir Eksekutif, SIRIM, Shah Alam
5. Haryati Bt Dulbahri, Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan, UIA
Pegawai Tadbir,
Kementerian Pelajaran Malaysia
6. Umi Nadia Bt Dulbahri, BBA (Hons) Transport, UITM
Head Of Office,
Malaysia Building Society (MBBS), Bangi
7. Ikmal Bin Dulbahri, Diploma In Multimedia,
Politeknik Mara
Advertising & Production Executive
8. Aidil Bin Dulbahri, Diploma Pengajian Maklumat, UITM
Program Sarjana Muda Komunikasi & Pengajian Media, (Semester 4)UITM, Shah Alam Masih menuntut
9. Elida Bt Dulbahri, Diploma Pengurusan Teknologi Pejabat (Semester 5), UITM, Pahang Masih menuntut
Anak-anak Pegawai Waran 1 (B) Dulbahri Bin Bahro
KELUARGA 2
Nama Bapa Encik Misnan bin Md Mustar 60 tahun
Nama Ibu Puan Mariah bt Hj Alimi 64 tahun
Maklumat Anak-anak
NAMA JAWATAN KELULUSAN.
1. Puan Noorimah bt Misnan
Pensyarah Undang-undang
UiTM Dungun, Terengganu
i. Ijazah Sarjana Muda Undang-undang, UKM
ii. Master in Law, UKM
2. Cik Masina bt Misnan
Guru, SMK Jenjarom
i. Bachelor Sains ( Alam Sekitar ), UPM
ii. Diploma Pendidikan (Sains & Pengajian Am).
Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim, Kedah
3. Dr. Rosmilah bt Misnan
Pensyarah Perubatan
Universiti Darul Iman (KUSZA), Kuala Terengganu
i. Ijazah Sarjana Muda Sains Bioperubatan, UKM
ii. Master in Biomedicine Science , UKM
ii. PhD in Biomedicine Science, UKM and
Imperial College London, United Kingdom
4. Cik Suhana bt Misnan
Pembantu Tadbir N17
Pejabat Pelajaran Daerah
Kuala Langat
i. SPM, SMK Jenjarom
5. Dr Roszita bt Misnan
Pegawai Perubatan U41 (Doktor)
Hospital Teluk Intan, Perak
i.Ijazah Sarjana Muda Doktor Perubatan, UKM
6. Cik Asmah bt Misnan
Service Advisor, Perodua,
Ipoh, Perak
i. Diploma Kejuruteraan Elektronik, UTM
Hari Selasa dan Rabu saya ke rumah En Dulbahri untuk mendapatkan maklumat akademik anak-anaknya. 8 daripada 9 orang anak beliau masuk universiti, sementara seorang ke Politeknik Mara. Terharu mendengar cerita En Dulbahri yang membesarkan anak-anaknya yang memerlukan belanja yang besar. Malah semasa saya ke rumahnya, seorang anaknya di UITM mohon dikirimkan wang belanja. Memang menyekolahkan anak-anak terutama di peringkat universiti besar belanjanya. Walaupun anak-anak mendapat pinjaman PTPTN selalunya masih tidak cukup untuk menampung perbelanjaan pembelajaran anak-anak yang semakin tinggi sekarang.
Petang ini (Khamis) saya ke rumah Wak Misnan dan Wak Ya O dengan maksud yang sama. Saya disambut mesra oleh Wak Misnan yang semasa anak-anaknya di universiti dia menghantar anak-anaknya menaiki basikaldan akan lalu di hadapan rumah saya. Anak-anaknya duduk di belakang basikal bapanya dengan memegang beg. Saya sempat bercerita tentang hal ini dengan Wak Misnan. Dia ketawa. Ikhlas ketawanya. Membayangkan tawaduknya seorang ayah membesarkan anak-anaknya. Wak Ya O peramah orangnya. Rupanya makcik separuh abad yang kadang-kadang saya jumpa di kedai Bibah itu rupa-rupanya Wak Ya O yang anak-anaknya berjaya dalam bidang akademik. Memang peramah orangnya. Dia bertanya tentang ibu dan keluarga saya. Kami berbual rancak sambil mengambil data keluarga yang saya peroleh daripada Cikgu Masina yang baru mengajar di SMK Jenjarom setelah berpindah dari Johor. Saya juga sempat berborak dengan Dr Roszita yang kebetulan baru balik dari Hospital Teluk Intan. Pada raut wajah Wak Misnan dan Wak Ya O terpancar sinar ceria dan puas atas kejayaan anak-anaknya dalam bidang akademik. Sesungguhnya, kami warga Kampung Jenjarom berasa bangga dan bersyukur atas kejayaan mereka. Biarlah kejayaan ini akan menjadi pembakar semangat untuk anak-anak yang masih bersekolah agar berjaya seperti mereka.

2 comments:
hensem wak dulbahri time muda2 ye
bgus wak dul ni...harap2 anak nye si elida berjaya la dlm pelajaran bersama tercinta A.H
Post a Comment