Saturday, October 3, 2009

Dua Orang Pelajar Warga Kg Jenjarom di Universiti Andalas, Padang Selamat Pulang ke Tanah Air

Edisi kemas kini

Lina Liana Hj Adni


Noorazeeha Enuar


Nik Muhaimin Nik Ramli

Dua orang pelajar warga kampung kita iaitu Lina Liana Bt Hj Ahmad Adni, pelajar Tahun 5 Fakulti Kedoktoran, Universiti Andalas, Padang dan Noorazeeha Bt Enuar, pelajar Tahun 3 fakulti dan universiti yang sama telah selamat sampai ke kampung kita kira-kira jam 11.30 pagi 2 Oktober 2009. Mereka tiba di Lapangan Terbang Subang bersama kira-kira 323 pelajar Malaysia dengan menaiki 3 buah pesawat Tentera Udara Malaysia. Azeeha yang saya temui petang semalam melahirkan rasa syukur kerana selamat dalam malapetaka gempa bumi dengan kekuatan 7.6 skala richter yang turut saya rasai gegarannya pada kira-kira jam 6.18 ptg Rabu lalu. Kita turut bersyukur kerana kedua-dua anak jati kampung kita terselamat. Menurut Azeeha, universiti serta penginapannya rosak teruk dan pelajar-pelajar Malaysia sewaktu kejadian sempat melarikan diri tanpa dapat membawa barangan berharga serta bahan pembelajaran mereka kira-kira 5 km ke tempat selamat dan akhirnya dibawa menaiki pesawat tentera udara pada awal pagi Sabtu, 2 Oktober 2009.

Petang ini (3 Oktober 2009) saya berkunjung pula ke rumah Hj Adni untuk menemui anaknya Lina Liana dan di sana Nik Muhaimin yang berasal dari Perlis bermalam di rumah beliau sebelum pulang ke Perlis. Kedua-duanya menceritakan detik cemas dan pengalaman mereka semasa kejadian gempa bumi yang berlaku. Pengalaman mereka boleh diikuti melalui rakaman video yang dibuat.

2 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah.. memang suspen tunggu berita 2 orang anak sedara kita ni. lebih2 lagi bila tengok berita di kaca tv. mana tak takut, ada yang jumpa kaki, tangan, kepala saja . cuma yang dikesalkan orang sana 'paw' satu kepala RM100 kalau nak balik malaysia. dah tu kena pulak perukaran dengan bekalan makanan. satu kapal terbang RM20k. semua ada 4 penerbangan balik. bagaimana pun kita ucapkan takziah kepada warga sumatera khususnya padang atas bencana yang menimpa. semoga mereka semua tabah menghadapi dugaan berat ini dan cepat pulih kembali seperti sediakala.

Azman @ Jeman said...

memang bersyukur sangat bila diorang dah sampai malaysia. alhamdulilah