Thursday, November 13, 2008

Tahniah Kepada SK Jenjarom kerana Keputusan UPSR yang Cemerlang!

Warga Kg Jenjarom dan Ahli Jawatankuasa JKKK Kg Jenjarom merakamkan ucapan tahniah kepada anak-anak yang memperoleh keputusan yang cemerlang dalam UPSR 2008.

Sejumlah 29 orang murid telah berjaya memperoleh 5A dan 21 orang memperoleh 4A.

Tahniah juga kepada seluruh warga pendidik SK Jenjarom yang berjaya meningkatkan prestasi UPSR tahun ini. Sesungguhnya usaha gigih dan murni warga pendidiknya terutama Tuan Guru Besar , Tn Hj Zainal Ulum telah banyak membantu dalam meningkatkan tahap pendidikan anak-anak Kg Jenjarom. Sekali lagi sekalung tahniah kepada semua warga pendidik SK Jenjarom. Kami bangga dengan usaha murni cikgu-cikgu.

Moga usaha ini akan berterusan dan kami JKKK Kg Jenjarom akan sentiasa memberikan sokongan moral atas budi luhur warga pendidik SK Jenjarom keseluruhannya.

Senarai pelajar yang memperoleh 5A:

1. Adam Najmi b. Nor Azman
2. Faza Arif Putra b. Mohd Nor
3. Ikmal Hakim b. Zulkefri
4. Muhamad Arif b. Mohamad Ruzi
5. Mohd Syafiq b. Mohd Jani
6. Mohd Yusof b. Mohd Aris Fathillah
7. Nur Hafizi b. Nor Azmi
8. Rafiuddin b. Mat Lajim
9. Ain Nadihah bt. Fadzeron
10. Aina Hanum bt. Saihur
11. Anis Syuhadah bt.Saroni
12. Azra Aqilah bt. Mohd Hair
13. Azzariani bt. Roslie
14. Farah Amirah bt. Farizal
15. Fatimah Azzahra bt. Fyrrol Emron
16. Fatin Nadia bt. Ikhsan
17. Fatin Najihan bt. Ahmad Ramlan
18. Khairina Afiqah bt. Ahmad
19. Noor Aziah Jamilah bt. Mokhtar
20. Norazreen bt. Sazuki
21. Nur Hazimah bt Sudiro
22. Nurain Shaiera bt Mohd Hasram
23. Nurnabilah bt. Ahmad Pandi
24. Nurul Afifah bt. Sharul Azman
25. Nurul Fatihah bt. Azizman
26. Siti Nurshahirah bt Norazli
27. Syazwana bt Zurihan
28. Ummu Ulfah bt. Zainal
29. Nurul Farhani bt Kamarulzaman



TAHNIAH!

No comments: