Wednesday, November 12, 2008

Lawatan Kerja YB Philip Tan ADUN Telok Datok ke Kg Jenjarom



12 November - YB Tuan Philip Tan ADUN Telok Datok telah melakukan lawatan kerja ke Kg Jenjarom hari ini. Beliau tiba di Balai Raya Kg Jenjarom kira-kira jam 5.00 petang. Tn Hj Misnan selaku Ketua Kampung telah memberi taklimat tentang kemudahan yang ada di balai raya dan dan kekurangannya serta keperluan bagi menjadikan balai raya sesuai sebagai tempat bermesyuarat serta pelbagai aktiviti komuniti. JKKK yang turut hadir pada perjumpaan tersebut ialah Hj Basuki, Sdr Hasan, Sdr Ruzi, En. Sarkam, dan Hj Adni.

Seterusnya YB Philip Tan dibawa ke beberapa lokasi jalan yang memerlukan tindakan segera untuk dibaiki juga balai bacaan yang terletak bersebelahan Surau Ngadimin yang perlu dicat semula serta dibuat bilik air/tandas yang lebih sempurna. Kami warga Kg Jenjarom mengucapkan terima kasih atas keprihatinan YB Philip Tan membantu dari aspek kemudahan awam di Kg Jenjarom. Semoga usaha murni ini akan berterusan selaras dengan slogan kerajaan Negeri Selangor iaitu Ke arah Negeri Berkebajikan.

No comments: