Tuesday, November 4, 2008

40 pelajar dan 3 orang guru SMK USJ 12 ke Kg Jenjarom 11

Para peserta mendengar taklimat daripada pemilik Kilang Akuku Pn Khatijah




Para pelajar sedang memasukkan serbuk kayu papan yang telah diproses
untuk dijadikan tempat cendawan dibenihkan

Para pelajar sedang melakukan kerja pembungkusan



Di Kilang Akuku












Jam 1.50 ptg saya sampai di Kandang Kambing Koperasi Jenjarom Berhad. En. Darindi sudah di sana menanti rombongan 40 orang pelajar Kelas Rancangan Khas SMK USJ 12. Kira-kira jam 2.15 rombongan mereka sampai ke ladang ini. Kami menyambut mereka. Sebenarnya mereka tiba kira-kira jam 8.30 pg di Kilang Akuku. Mereka dibahagikan kepada 2 kumpulan. 20 orang setiap kumpulan. Satu kumpulan melakukan khidmat bakti di Kilang Akuku dan satu lagi di Ladang Cendawan. Setiap kumpulan akan bertukar khidmat bakti setelah mereka menghabiskan tugasan masing-masing. Di Kilang Akuku mereka diminta melakukan kerja-kerja pembungkusan kerepek sementara di Ladang Cendawan mereka diminta membuat tapak benih cendawan.
Saya hanya dapat membantu rakan-rakan JKKK pada sebelah petang setelah selesai tugas di sebelah pagi. Pada sebelah pagi Sdr Sarip, Sdr Bahri, Hj Adni, Sdr.hmad Pandi dan Ketua Kampung Hj Misnan telah menyambut kedatangan rombongan dari SMK USJ 12. Pada keseluruhannya, para pelajar & guru pengiring amat berpuas hati dengan lawatan ini.

Warga Kg Jenjarom mengalu-alukan kedatangan ahli rombongan dari SMK USJ 12, Subang Jaya.

1 comment:

Fauziah Hayat said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya sebagai ahli JKKK Kg Jenjarom amat berbangga dengan usaha murni yang diterapkan oleh pelajar2 SMK USJ tersebut dan amat berharap lawatan2 sebegini akan menjadi pembelajaran kepada anak2 tersebut.
Ada baiknya juga Pelajar2 kg jenjarom sendiri perlu mengadakan lawatan yang sebegini untuk pengetahuan mereka bahawa di kg sendiri juga banyak tempat2 lawatan yang bermunafaat untuk mereka yang ramai rasanya belum mendapat peluang tersebut.