Sunday, November 9, 2008

Sukan Tahunan SK Jenjarom




SK Jenjarom telah mengadakan Sukan Tahunan pada 9 November 2008 bermula pada jam 8.00 pg hingga 4.30 ptg. Pada sesi pagi acara diadakan khusus untuk murid Tahap 1 iaitu Tahun 1, 2 dan 3. Sementara pada sesi petang pula untuk murid tahap 2 iaitu Tahun 4, 5 dan 6. Suasana sukan tahunan sungguh meriah lebih-lebih lagi pelbagai gerai jualan turut membuka gerainya untuk murid dan pengujung membeli pelbagai jenis minuman dan makanan.

JKKK Kg Jenjarom mengucapkan syabas dan tahniah kepada para murid yang berjaya dalam acara masing-masing. Kepada yang kurang berjaya cuba lagi tahun hadapan. Pihak JKKK juga ingin merakamkan ucapan syabas kepada pihak SK Jenjarom khususnya kepada warga kerja SK Jenjarom kerana telah berjaya menganjurkan acara sukan ini. Sesungguhnya bakat dan kebolehan murid dapat dipupuk melalui aktiviti seperti ini dan sesuai dengan usaha menjana modal insan dalam kalangan murid.

SELAMAT MAJU JAYA KEPADA SEKOLAH KEBANGSAAN JENJAROM

No comments: