Friday, December 11, 2009

Usahawan Mascotek Kg Jenjarom

Tn Hj Masri Hj Ismail, pengasas Sri Ain D Herbs



Antara rencana yang dipaparkan di akhbar Utusan Malaysia hari ini. (11.12.2009)

Pada hari ini seorang usahawan mas cotek Kg Jenjarom, Tuan Hj Masri Bin Hj Ismail telah menghiasi ruangan sisipan MEGA Utusan Malaysia. Sesungguhnya kejayaan beliau menjadi kebanggaan warga Kg Jenjarom keseluruhannya. Syarikat Sri Ain D'Herbs ini mengeluarkan tiga jenis minuman iaitu minuman mas cotek (asli), mas cotek halia dan sri cotek cafe. semua produk dihasilkan di kilang syarikat ini di Sg Manggis, Banting. Sementara ladang mas cotek pula terletak di Jalan Hj Mashudi, Kg Jenjarom. Ladang mas cotek serta kilang pengeluarannya sering dilawati oleh pelbagai pihak sama ada pihak universiti yang menjalankan kajian tentang herba atau pun pertubuhan-pertubuhan yang berminat dengan tanaman ini. Maklumat lanjut berhubung Sri Ain D Herbs boleh diperoleh melalui laman ini www.sriain.com.my. Pengunjung blog ini yang berminat untuk menjadi pengedar mas cotek Sri Ain D Herbs juga boleh memperolehnya daripada laman tersebut.

Dalam mengembangkan perniagaannya Sri Ain D Herbs telah mengorak langkah mengambil selebriti Ifa Raziah sebagai duta produknya. Kini, Sri Ain D Herbs sedang membuat 'road tour' produknya ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Apa yang membanggakan ialah syarikat ini telah menawarkan peluang pekerjaan dalam kalangan warga Kg Jenjarom khususnya, sama ada bekerja di ladang mahupun di kilang pengeluarannya di Sg Manggis.

JKKK Kg Jenjarom mengucapkan selamat maju jaya kepada Tn Hj Masri Hj Ismail dalam usaha beliau.

Sri Ain D Herbs boleh dihubungi melalui:
Alamat:
1: No. 52A & 52B, Jalan Emas 2, Bandar Sungai Emas,
42700 Banting, Selangor D.E
2: No. 2, IKS, Sg. Manggis, 42700 Banting, Selangor D.E
Tel: 603-3185 0478, 019-3788790
Fax: 603-3187 3301
Emel: sales@sriain.com.my
Laman web: www.sriain.com.my

No comments: