Tuesday, December 15, 2009

Kes Kecurian Motorsikal

Baru-baru ini telah berlaku satu kes kecurian motorsikal membabitkan seorang ahli jamaah Masjid al Falah iaitu Tuan Haji Mansor Radiman.Kejadian tersebut berlaku semasa beliau menunaikan solat Isyak di masjid dan apabila ingin pulang ke rumah,beliau mendapati motorsikal Kriss Modenas miliknya yang diletakkan bersebelahan tandas masjid telah tiada.Berikutan kejadian tersebut,beliau telah membuat laporan polis dan sehingga catatan ini ditulis,motorsikal tersebut masih belum dijumpai.
Justeru,pihak Masjid al Falah mengingatkan kepada semua jamaah agar tidak meninggalkan kunci di motorsikal dan juga mempastikan motorsikal dikunci ( lock handle ) semasa menunaikan solat di masjid untuk mengelakkan kejadian serupa berulang.

No comments: