Sunday, December 27, 2009

Forum Perdana Sempena Maal Hijrah di Masjid Al-Falah, Kg Jenjarom

Duduk dari kiri Ustaz Zainal Abidin Yusuf (moderator), Ustaz Halim Din (ahli panel) dan Ustaz Mohd Kamil Sidek (ahli panel)
Layar yang disediakan pihak urusetia di luar masjid menjadikan peserta forum khususnya kaum muslimah dapat mengikuti forum dengan lebih selesa
Para muslimah sedang mengikuti forum perdana.
Sebahagian pengunjung muslimin asyik mengikuti forum

Seperti yang dirancang Forum Perdana anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Langat (PAID), JKKK Kg Jenjarom dan Masjid Al-Falah Kg Jenjarom telah berjaya diadakan pada 9 Muharam 1431H bersamaan 26 Disember 2009 di Masjid Al-Falah Kg Jenjarom. Forum yang bertemakan MEMANTAP UKHUWAH MEMPERKASA UMMAH dipengerusikan oleh Ustaz Zainal Abidin Yusuf dari Bahagian Perundangan Keluarga, JAIS dengan ahli panelnya yang terdiri daripada Ustaz Halim Din dari Lembaga Zakat Selangor dan Ustaz Mohd Kamil Sidek dari Jabatan Pelajaran selangor. Forum bermula kira-kira jam 9.15 mlm dan berakhir pada jam 11.15 mlm. Cenderahati kepada moderator serta ahli panel ialah sumbangan Tn Hj Masri Ismail. Pihak urusetia mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini serta warga kampung yang hadir. Semoga usaha ini diberkati Allah.

No comments: