Wednesday, December 23, 2009

Dua Warga Kg Jenjarom Pulang Kerahmatullah

Pada jam 3.13 pagi, 23 Disember 2009 Ahmad Bin Muslim, 64 tahun (Selamat, Jalan Abu Masmoo) telah kembali kerahmatullah. Begitu juga dengan Ishak Bin Dikun (Jalan Haji Mashudi) yang kembali kerahmatullah pada pagi yang sama. Kedua-duanya telah selamat disemadikan kira-kira jam 10.30 pagi ini di Tanah Perkuburan Islam Kg Jenjarom. Allahyarham Ahmad Bin Muslim menghembuskan nafas terakhirnya di Wad Neorologi, Hospital Besar Kuala Lumpur. Seluruh warga Kampung Jenjarom berdoa agar kedua-duanya ditempatkan di sisi orang-orang yang soleh. Insyaallah

No comments: