Monday, December 21, 2009

Terkini Tentang Mangsa Kebakaran di Kg Jenjarom



Video yang diambil oleh Sdr Kamaruddin Juti melalui telefon bimbit

Sdr Hamdani Alias menerima sumbangan RM5000.00 daripada ZAKAT Selangor yang disampaikan oleh Ustaz Mat Husain Bin Sabar, Ketua Operasi ZAKAT K. Langat sambil diperhatikan oleh Tn Hj Misnan Ahmad, Ketua Kg Jenjarom




Saya baru berkesempatan melihat tapak rumah sdr Hamdani Alias (Jalan Abu Masmoo) yang terbakar serta menziarah keluarga beliau yang telah berpindah di rumah sewa yang diusahakan oleh Sdr Md Nor Radiman dan Sdr Jurihan Yusof. Antara maklumat terkini yang saya peroleh ialah pihak ZAKAT Selangor telah menyampaikan sumbangan RM5000.00 dalam bentuk tunai serta bantuan persekolahan dan sewa rumah selama enam bulan. Setelah melakukan tinjuan terhadap tapak rumah, pihak ZAKAT akan membina rumah baru untuk keluarga sdr Hamdani di sebelah tapak rumah yang terbakar. Menurut Sdr Hamdani, pelbagai pihak telah membantunya meringankan beban terutama sekali dalam keadaan keluarganya yang tinggal sehelai sepinggang dan musim persekolahan yang akan bermula 2 minggu lagi. Antara yang banyak membantu ialah pihak JKKK, JKKKP dan warga Kampung Jenjarom. Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak yang telah menghulurkan bantuan kepada beliau.

1 comment:

Unknown said...

semoga sdra Hamdani dan keluarga sentiasa bersabar dengan dugaan yang sedang diterima. pasti ada iktibar di sebalik musibah yang Allah turunkan. insyaAllah selepas ini nanti rezeki anda sekeluarga akan melimpah ruah. kepada pihak JKKK diharapkan dapat menangani masalah pertukaran nama jalan oleh pihak JKR dengan segera agar kejadian seperti bomba tidak dapat ke lokasi kejadian seperti dilaporkan tidak berulang lagi. perkara ini walaupun dianggap perkara kecil tetapi ia mambawa implikasi yang besar. terima kasih.