Video Program Baraan - Edisi kemas kini
Di rumah Sdr Mesari Jasman
Alhamdulillah, Program Baraan telah berjaya diadakan pada 29 Ramadan 1430H. Program dimulakan dengan solat Isyak berjemaah di Masjid al-Falah, Kg Jenjarom. Diikuti dengan bertakbir di masjid. Program diteruskan dengan mengunjungi rumah Sdr Mesari Jasman. Setelah bertakbir dan bertahmid serta menjamu juadah peserta meneruskan baraannya ke rumah Tn Hj Adni Baruti, Tn Hj Mansor Radiman, Tn Hj Basuki Yusof dan akhir sekali Tn Hj Misnan Ahmad selaku Ketua Kampung. Baraan ini diketuai oleh Ustaz Ashari Jumingan bersama kira-kira 20 orang yang terdiri daripada pelbagai peringat umur. Yang menariknya hampir kesemua peserta akan mengetuai bacaan takbir secara bergilir di setiap rumah tidak ketinggalan adik Farhan, Arif dan Aizam yang masih di Tingkatan 1. Ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini semoga mendapat keberkatan daripada Allah swt. Insyaallah.
Dalam perjalanan ke rumah Tn Hj Adni dan Tn Hj Mansor, saya sempat mengambil gambar 'gapuro' untuk dikongsi dengan pengunjung blog ini. Saya akan membuat liputan khas tentang 'gapuro' kelak.
Dalam perjalanan ke rumah Tn Hj Adni dan Tn Hj Mansor, saya sempat mengambil gambar 'gapuro' untuk dikongsi dengan pengunjung blog ini. Saya akan membuat liputan khas tentang 'gapuro' kelak.
1 comment:
Alhamdulillah,program julung kalinya anjuran jkkk.semoga program ini akan berkembang dan berterusan di tahun hadapan.terima kasih diatas sokongan semua, penghargaan yang tidak terhingga kepada Tok Ketua, Tuan SU, Tuan Bendahari dan semua jkkk yang menyambut baik program sebegini.Terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Ruzi diatas segala bantuan dan perlaksanaan program pertama ini.Insya'Allah ia akan menjadi satu program yang berkesinambungan ke rumah-rumah semua warga jenjarom pada malam 1 Syawal dengan kunjungan dari beberapa kumpulan yang akan memeriahkan kg jenjarom dengan aktiviti2 sihat yang sebegini.Semoga budaya ini akan memjadi kenangan hari raya yang tidak dapat dilupakan bagi mereka yang menetap dan pulang ke Kg Jenjarom apabila tibanya 1 Syawal.
Salam - Fauziah Hayat - Biro Kebudayaan
Post a Comment