Tuesday, September 1, 2009

Kursus Membuat Donat dan Roti serta Jahitan Langsir











Kursus di atas diadakan di Pusat Komuniti KEMAS, Kg Jenjarom. Kursus ini dianjurkan oleh Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat dengan kerjasama JKKK Kg Jenjarom. Kursus yang diadakan selama dua minggu bermula pada 1 Ogos lalu dihadiri oleh peserta dari daerah Kuala Langat yang terdiri daripada ibu tunggal dan berpendapatan rendah. Seramai 8 peserta dari Kg Jenjarom telah mengikuti kelas ini iaitu:
1. Pn Rabaayah bt Selar
2. Pn. Aziah bt. Awali
3. Pn. Wagirah bt.Markom
4. Pn. Siti Haidah bt. Hayun
5. Pn. Romdiah bt. Joyo
6. Pn. Siti Murni
7. Pn. Norhayati bt. Dollah
8. Pn. Norazmi bt. Alwi.

Peserta yang berjaya menamatkan kursus membuat roti dan donat selama 2 minggu diberi bantuan berupa barangan seperti mesin pengadun (Mixer),timbang digital,oven dan mangkuk kaca daripada pihak penganjur. Kursus ini bermula dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang setiap sessi. Melalui kursus ini diharapkan dapat mengubah ekonomi pesertanya yang terdiri daripada ibu tunggal dan yang berpendapatan rendah.

1 comment:

dinn said...

Salam,
Dlm gambar di atas mana satu puan Siti Haidah ye?