Tuesday, September 22, 2009

Pintu Gerbang Sempena Syawal di Kg Jenjarom







Sempena Syawal 1430H ini ada 6 pintu gerbang atau istilah tempatannya 'gapuro' telah didirikan oleh anak-anak muda warga Kampung Jenjarom. 'Gapuro' ini biasanya didirikan di simpang jalan. Selain memeriahkan lagi suasana malam syawal, 'gapuro' juga menggambarkan kreativiti anak-anak muda kampung kita. Budaya ini telah pun bermula sejak zaman remaja saya. Pada zaman itu, kami beramai-ramai ke dalam hutan berhampiran untuk mencari kayu dibuat tiang.(yang kini sudah diusahakan oleh FELCRA dengan tanaman kelapa sawit). Sementara, pelita yang digunakan ialah pelita minyak tanah. Sesuai dengan peredaran zaman, kini digunakan lampu dengan kuasa elektrik. Yang sama ialah malam syawal kami meriah dengan sinaran lampu dan seronok dengan hasil yang diperoleh.
Nota: Satu 'gapuro' tidak 'bernyala' semasa hendak diambil gambar.

No comments: