Saturday, August 29, 2009

Antara Hobi Warga Kg Jenjarom














Sdr Ramlan mempunyai hobi yang menarik untuk dikongsi bersama warga Kg Jenjarom. Antara hobinya ialah memikat burung, ayam hutan, memancing dan yang menarik untuk dikongsi di sini ialah memelihara arnab. Beliau mula memelihara arnab sebagai hobi kira-kira setahun yang lepas. Pelbagai jenis arnab yang beliau pelihara. Arnab yang sangat mudah membiak akhirnya menjadi salah satu pendapatan beliau pula. Mula-mula beliau membekalkan arnab ke kedai menjual ikan dan haiwan peliharaan (pet shop) di Jenjarom. Akhirnya membekalkan pula untuk penternak arnab lain. Terkini beliau sedang membuat 'deal' dengan 'pet shop' di Giant, Shah Alam untuk membekalkan arnab ke 'pet shop' yang akan dibuka di Subang Jaya. Mungkin sekiranya anda membeli arnab di 'pet shop' berkenaan arnab itu dibekalkan oleh warga kampung kita!

Sekiranya anda ingin memelihara atau mencuba daging arnab sila hubungi nombor yang tertera pada gambar di atas. Saya sendiri belum pernah merasa daging arnab. Menurut saudara Ramlan, dagingnya lembut dan enak. Malah katanya lagi lebih enak daripada daging ayam. Ini yang saya nak cuba!

2 comments:

Zul said...

Salam, masih ada ker ternakan arnab nie? Boleh saya tahu dimana? saya zul mencari daging arnab : 0126075703

Zul said...

Salam, mana nak dapatkan no tel peserta2 yang buat ternak arnab nie yer?