Sunday, October 24, 2010

Kisah benar: Aku, Lim & Islam

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sama-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah. Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.

Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.

Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan ‘breakdance’, semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.

Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya.

” He’s name is no more Lim Wei Choon. He’s now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah!

Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan. ..

Assalamualaikum..Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.

Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

‘Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang” Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada di perantauan.

Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak? .Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?

Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.

Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?

Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain. Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.

Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah.

Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.

Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru.
Aku ingin berdakwah!

Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.

Kisah benar ini kiriman seorang ahli jemaah Masjid al-Munawwarah. Dari Jeram Pasu on Monday, September 6, 2010 at 10:11am

Sebahagian pengajaran dari kisah benar di atas ialah :

  1. Ramai orang Melayu Islam di Malaysia gagal memahami hakikat kelahiran mereka di dunia ini, iaitu untuk menjadi pendakwah dan contoh tauladan kepada masyarakat dan umat yang lain. “Demikianlah kami jadikan kamu umat pertengahan supaya kamu menjadi saksi-saksi (pembawa risalah Islam) keatas manusia lain, dan Rasul menjadi saksi (pembawa risalah Islam) keatas kamu” (Al-Quran).
  2. Bahkan lebih asas dari itu ramai orang Melayu di Malaysia yang gagal memahami dan menghayati Islam itu sendiri, sedang mereka dilahirkan siap beragama Islam dan pergi sekolah setiap hari sejak kecil.
  3. Apabila Lim mendapat cahaya Islamnya di Amerika, ini menunjukkan betapa di sebuah negara Barat lagi Kristian, terdapat orang-orang Islam di sana walaupun dari kalangan minoriti yang bekerja keras menunjukkan kepada manusia akan jalan kebenaran, berbanding dengan ramainya orang Melayu yang majoriti di negara Malaysia.
  4. Lim sangat memahami firman Allah swt di atas. Oleh itu beliau menyebut perkataan ” .. aku akan dakwa semua orang melayu Islam di dalam kampung kita … “. Setiap insan yang diamanahkan untuk menyampaikan Islam dalam bentuk perkataan (mengajak) dan perbuatan (contoh teladan), tetapi tidak menunaikan tugasan dan tanggungjawab tersebut, boleh bahkan akan didakwa oleh Allah swt kelak di Hari Kiamat. Mereka juga menjadi orang-orang yang didakwa oleh orang-orang sekeliling mereka yang tidak mendapat Risalah ini sedang mereka berjiran, berkawan dan berkenalan.
  5. Lim seorang yang sangat menghargai Islam yang dimilikinya serta seorang yang bekerja keras demi mencapai cita-cita. Dalam masa 5 tahun sahaja, beliau telah mengislamkan 20 orang termasuk ada dari kalangan adik beradiknya sendiri. Jika orang Melayu tidak dapat mengislamkan 20 orang kafir untuk menyayingi Lim dalam perkara kebaikan, apa kata mereka berusaha mengajak 20 orang Melayu Islam ke masjid dan kuliah-kuliah agama ? Atau mereka sendiri telah jauh dari mengunjungi rumah-rumah ibadat kepada Allah swt ? “Sesungguhnya orang-orang yang memakmurkan surau dan masjid ALlah adalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat” (Al-Quran).
  6. Ramai orang-orang Melayu hari ini membandingkan prestasi hidup sesama mereka dengan nilaian material seperti saiz dan rekabentuk rumah dan perhiasan, jenis kereta dan jumlah harta terkumpul, tetapi sepatutnya mereka membanding-banding sesama mereka sejauhmanakah prestasi projek Dakwah yang masing-masing sedang usahakan seperti majallah, tadika Islam, pusat tahfiz, rumah kebajikan dan anak yatim, pembinaan masjid dan surau, penganjuran kuliah dan kursus agama di masjid , surau dan institusi-institusi, projek kesenian Islam seperti merekod nasyid, pementasan dan kebudayaan Islam, penulisan artikel, cerpen, buku, novel dan blog Islam serta banyak lagi projek-projek Islam yang menanti dan boleh mereka lakukan demi berdepan dengan projek pemusnahan akhlak umat yang sedang dan berjaya dilakukan oleh musuh-musuh Islam dalam berbagai bidang kehidupan moden hari ini.

Semoga Allah swt memelihara kita dari kemurkaanNya lantaran kealpaan dan kelalaian ramai masyarakat kita dari tanggungjawab mereka sebagai hamba ALlah. Moga Allah memilih kita sebagai pendokong-pendokong agamaNya selagi nyawa belum bercerai badan. “Ya Allah jangan Engkau palingkan hari-hati kami setelah Engkau beri petunjuk kepada kami. Kurniakanlah kepada kami rahmatMu. Sesungguhnya Engkau sangat suka memberi” (Al-Quran).

Copy N Paste tanpa sebarang pindaan dari Ustaz Halim www.inijalanku.wordpress.com


Wednesday, September 29, 2010

MAJLIS JAMUAN SAMBUTAN HARI RAYA ‘IDILFITRI 21 SYAWAL 1430H, ANJURAN JKKK KAMPUNG JENJAROM




Tarikh: 2 Oktober 2010 bersamaan 23 Syawal 1431H (Sabtu)

Tempat: Dewan Serbaguna Kampung Jenjarom

Masa: Jam 2.30 petang (selepas Solat Zohor)

Aturcara: * Ucapan Pengerusi - Jam 2.30 ptg.

* Bacaan Doa - Jam 2.35 ptg.

* Ucapan Ketua Kampung - Jam 2.45 ptg.

* Penyampaian Hadiah - Jam 3.00 ptg.

* Jamuan Hari Raya & Persembahan Marhaban - Jam 3.45 ptg.

* Majlis Bersurai - Jam 5.30 ptg.


WARGA KAMPUNG JENJAROM DIJEMPUT HADIR

Monday, September 13, 2010

Gapuro Raya 2010/1431H












Tahun ini terdapat 11 gapuro didirikan di Kampung Jenjarom oleh anak-anak muda kampung. Syabas dan tahniah kepada anak-anak muda kerana masih meneruskan tradisi kampung sempena Hari Raya. Sebenarnya terdirinya gapuro ini merupakan gabungan sikap kerjasama dan kreativiti dalam kalangan anak-anak muda kampung. Warga Kampung Jenjarom bangga dengan sikap yang ditunjukkan ini.

Sunday, September 5, 2010

Pn. Ainon Muhamad – Warga Kampung Jenjarom Yang Berjaya Sebagai Penerbit Buku


PENTING…Ainon berbincang dengan kakitangan bahagian grafik mengenai ilustrasi.
KUALITI…buku keluaran PTS yang dijual di kafe buku di ibu pejabatnya di Batu Caves.


EMPAYAR...Ainon di depan pejabat pengurusan PTS.

Ainon berniaga cara Islam
Oleh NORAINON OTHMAN
norainon@hmetro.com.my
2010/09/05



“PALING penting, buku Melayu mesti menyebabkan orang Melayu bangga memegangnya. Buku menjadi aksesori, mesti cantik dan mesti mahal. Dulu orang malu hendak kepit buku Bahasa Melayu dalam bas atau kapal terbang, tetapi keadaan berubah apabila buku Bahasa Melayu semakin menarik dan berkualiti,” kata Pengerusi Kumpulan PTS (PTS), Ainon Mohd, 60, selepas me­nyedari kelemahan buku Melayu dan berusaha mengatasinya.





BANYAK...deretan buku di gudang PTS.


Kecintaannya pada Bahasa Melayu dan perjuangannya memartabatkan bahasa kebangsaan menyebabkan pakar Bahasa Melayu itu melepaskan jawatan di DBP selepas 14 tahun berkhidmat bagi membangunkan syarikat penerbitan sendiri, kira-kira 10 tahun lalu.

Bermodalkan RM100,000, Ainon dan dua saudara kandung, Ariffin, 58, dan Abdul Aziz, 63, membangunkan syarikat penerbitan, PTS Publication & Distributors Sdn Bhd. Pada awal penubuhan syarikat, beliau hanya menerbitkan bukunya sendiri sebelum menerbitkan karya orang lain.
“Dulu buku dalam Bahasa Melayu tidak cantik, menyebab­kan kurang minat pembaca memilikinya. Waktu itu, orang tidak percaya buku Bahasa Melayu boleh diketengahkan.

“Kalau lihat di kedai buku elit dan yang dimiliki bukan Bumiputera, sukar mencari buku Bahasa Melayu kerana mereka lebih suka menjual buku Bahasa Inggeris.

“Bagaimanapun, perkemba­ngan sekarang membanggakan. Buku Bahasa Melayu duduk di depan kedai. Jualan buku Bahasa Melayu menyumbang perolehan besar kepada kedai buku.

“Mengapa dulu buku Bahasa Melayu tak masuk kedai buku? Sebab buku Bahasa Melayu tak cantik. Kedai buku hendak buku yang cantik untuk dijual. Penerbit Melayu tidak perlu takut bayar untuk mendapatkan pelukis berbakat yang melakar ilustrasi cantik dalam buku dihasilkan,” katanya.

Ainon berkata, orang Melayu mempunyai wang untuk membeli buku yang mahal harganya dan ia dibeli keluarga berpendidikan yang mahu menggalakkan anak membaca.

“Saya cuba memenuhi dan mengenal pasti kehendak pembaca. Misalnya, untuk budak lelaki, kami mengeluarkan komik yang ada maklumat dan motivasi selain buku sejarah dan fiksyen menarik.

“Kanak-kanak lelaki yang membaca komik, lama kelamaan akan memegang teks. Ini adalah kebiasaan kerana ia membantu memupuk minat membaca,” katanya.

PTS menerbitkan 3,000 karya dalam masa enam bulan. Kemudian penerbit buku Bahasa Melayu itu semakin rancak dengan menerbitkan antara 6,000 hingga 8,000 buku dalam tempoh dua bulan, dan enam bulan selepas itu buku berkenaan diulang cetak.

Menurut Ainon, syarikatnya mengamalkan perniagaan yang bersih daripada rasuah dan riba, manakala semua kemudahan perbankan diperoleh daripada perbankan Islam.

“Semua produk dihasilkan juga mematuhi syariah iaitu dalam novel cinta tiada babak berpegang tangan atau pasangan kekasih mengadakan temu janji. Malah, kisah dua lelaki berebut seorang wanita atau sebalik­nya juga tidak ada dalam buku diterbitkan PTS.

“Apabila berniaga cara yang bersih, Allah akan tolong. PTS tidak pernah mendapat bantuan kerajaan tetapi didukung dua bank milik bukan Bumiputera. Peniaga lain perlu ada keyakinan kita orang Melayu boleh berniaga dengan bangsa lain.

“Ini kerana, PTS berurusniaga dengan pembekal, bank, pencetak dan kedai buku milik orang Cina. Pelanggan terbesar buku keluaran PTS juga syarikat Cina iaitu Popular dan MPH.

“Tanggapan orang Cina tidak menolong usahawan Melayu harus dikikis kerana ia tidak benar. PTS mencetak buku bernilai beratus ribu ringgit dan yang memberi kredit tanpa cagaran ialah bank Cina,” katanya.

Menurutnya, orang Cina sang­gup memberi kredit kepadanya kerana PTS tidak mempunyai rekod lari daripada hutang.

“Orang berniaga tidak harus lari daripada hutang. Jika tidak menjelaskan hutang, pembekal tidak berani membekalkan barangan kepada kita. Siapa hendak bekalkan barangan kalau tidak bayar.

“Satu prinsip yang saya amalkan ialah dahulukan pembayaran hutang. Biar berlapar tetapi hutang mesti dibayar. Ini bagi menjaga kepercayaan pembekal dan penulis buku,” katanya.

PTS sentiasa berhutang RM3 juta kepada pencetak yang memberi tempoh kemudahan kredit tiga bulan manakala PTS pula memberi kemudahan kredit kepada kedai buku selama tiga bulan. Di samping itu, syarikat itu mengagihkan RM1.9 juta bayaran royalti kepada penulis.

“PTS mempunyai pasukan bagus sebagai pengutip hutang dan pengarang. Alhamdulillah dengan bantuan Allah, kami membayar zakat setiap bulan daripada kutipan hutang kedai buku sebelum membayar gaji pekerja,” katanya.

Ainon berkata, mendukung semangat 1 Malaysia, pegawai tinggi PTS juga menjadi penerbit buku Cina yang lebih berjaya sebagai mentor.

Penerbit buku Cina tidak lokek memberi nasihat mengenai pembelian kertas bagi membolehkan kos menghasilkan buku lebih murah.

Sebagai penerbit buku Melayu paling aktif di pasaran iaitu menghasilkan 40 judul buku sebulan, PTS mensasarkan menerbitkan 1,000 buku setahun.

Lebih membanggakan, PTS turut mengeksport judul buku-nya ke Indonesia. Sebanyak 100 judul buku kanak-kanak, sastera berat, perniagaan dan motivasi disunting dengan di­alih ke dalam Bahasa Indonesia, manakala muka depan buku dihasilkan semula.

Syarikat itu mempunyai lebih 100 pekerja dengan 70 daripadanya di bahagian editorial.

“Saya melatih penulis sendiri menggunakan Bahasa Melayu tinggi dan bahasa yang diang­gap ‘skema’. Malah, komik pun menggunakan bahasa tinggi. PTS menjaga Bahasa Melayu seperti DBP menjaganya.

“Mereka yang membaca buku keluaran PTS dapat menguasai tatabahasa dan ejaan betul kerana tujuan kita memang mahu menjadikan buku PTS sebagai alat bantu mengajar Bahasa Melayu dan memudahkan guru,” katanya.

Beliau berkata, jika remaja kurang minat membaca buku agama, tetapi buku agama keluaran PTS sangat laris di pasaran.

Cerita hadis dan al-Quran ditulis semula, dicetak dengan cantik dengan muka depan buku yang ranggi menyebabkan remaja tertarik untuk membaca dan berkongsi maklumat daripada pembacaan dengan rakan sebaya.

PROFIL

NAMA PENUH: Ainon Mohd
UMUR: 60 tahun
ASAL: Banting, Kuala Langat
Jawatan: Pengerusi Kumpulan PTS, PTS Publication & Distributors Sdn Bhd
Maklumat lanjut tentang Pn. Ainon Mohamad klik url berikut:
1. http://www.universitipts.com/
2. http://puanainonmohd.blogspot.com/

Nota: Dipetik sepenuhnya daripada http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/AinonberniagacaraIslam/myMA/myArticle

Thursday, September 2, 2010

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA KAMPUNG JENJAROM- Edisi kemas kini















MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA KEPADA ANAK YATIM, ORANG KURANG UPAYA DAN MISKIN, OLEH Y.B. ADUN TELOK DATOK DAN BERBUKA PUASA, ANJURAN JKKK KAMPUNG JENJAROM



Tarikh: 3 September 2009 bersamaan 24 Ramadhan 1431H ( Hari Jumaat)

Tempat: Masjid Al-Falah Kampung Jenjarom

Masa: Jam 6.00 petang

Aturcara: Selepas Solat Asar

* Ucapan Pengerusi - Jam 6.00 petang

* Bacaan Doa - Jam 6.10 petang

* Ucapan Ketua Kampung - Jam 6.20 petang

* Ucapan Y.B. ADUN Telok Datuk - Jam 6.30 petang

* Penyampaian Sumbangan untuk ‘Idilfitri - Jam 6.40 petang

* Berbuka puasa - Jam 7.21 mlm

* Solat Maghrib - Jam 7.35 mlm

* Makan malam - Jam 7.50 mlm

** Bersurai – yang lain Isya’ dan solat Tarawikh - Jam 8.30 mlm