Saturday, June 13, 2009

Sesi Baru Kemasukan ke IPTA/IPTS 2009

Sesi baru kemasukan ke IPTA/IPTS 2009 akan bermula akhir bulan ini. JKKK Kg Jenjarom mengucapkan tahniah kepada adik-adik/anak-anak warga Kg Jenjarom yang mendapat tawaran kemasukan ke IPTA/IPTS sesi ini. Untuk mereka yang akan masuk 'U' sesi ini anggaplah ia sebagai titik mula kejayaan anda. Kehidupan sebagai mahasiswa di 'U' akan menjadikan anda lebih dewasa dan akan banyak yang dipelajari dalam hidup ini. Yang penting kejayaan tidak datang 'bergolek'!
Untuk adik-adik/anak-anak yang gagal mendapat tempat di 'U' pada sesi ini jangan berputus asa. Kegagalan hari ini bukan bermakna kita akan gagal selama-lamanya. Masih anda ingat penerima anugerah Maulidur Rasul tahun ini iaitu Profesor Dr Sidek Baba yang hanya memperoleh gred 3 dalam SPM dan mengambil STPM sebanyak 7 kali sehingga akhirnya kini menjadi Profesor Pendidikan di UIAM. Beliau berjaya dalam pendidikan dan kerjaya setelah mengambil STPM sebanyak 7 kali. Semangat seperti ini yang boleh kita contohi. Jika ada kemahuan di situ ada jalan. Maklumat berhubung Prof Dr Sidek Baba boleh diakses melalui url berikut: http://ms.wikipedia.org/wiki/Sidek_Baba#Tokoh_Maulidur_Rasul

Cuti Sekolah Tamat dan Sekolah dibuka semula pada 15 Jun 2009

Pada 15 Jun 2009 anak-anak yang bersekolah akan bersekolah semula. Para pelajar akan memperoleh keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun masing-masing sekembalinya mereka ke sekolah. Jadikan keputusan yang diperoleh untuk berusaha dengan lebih tekun untuk memperoleh keputusan yang lebih baik dalam peperiksaan yang akan datang. Untuk anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM tahun ini teruskan usaha anak-anak agar dapat menjawab dalam peperiksaan nanti dengan baik seterusnya memperoleh keputusan yang cemerlang kelak.

Seorang Anak Remaja Warga Kg Jenjarom Memenangi Pertandingan Videografi Anjuran EduwebTV, Kementerian Pelajaran




Seorang anak remaja warga Kg Jenjarom telah memenangi Pertandingan Videografi Anjuran EduwebTV, Kementerian Pelajaran. Pelajar tersebut telah mendapat kamera video, sijil penghargaan dan liputan di EduwebTV. Maklumat lanjut sila klik url berikut: mohdruzzi.blogspot.com .