Saturday, July 24, 2010

Majlis Penyampaian Sumbangan Sempena Ketibaan Ramadhan - Edisi Kemaskini





Antara penerima sumbangan yang disampaikan oleh YBhg Tuan Hj Misnan Ahmad, Ketua Kampung Jenjarom

Pihak JKKK telah mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan KHAS kepada mereka yang dhaif, kurang upaya, miskin dan sesiapa yang teramat memerlukan. Oleh sebab sumbangan adalah terhad, sumbangan akan diagihkan menurut “keutamaan teratas”. Sumbangan adalah daripada pihak JKKK sendiri sebagai tanda keperihatinan kepada golongan yang memerlukan ini dalam membuat persediaan menyambut ketibaan Ramadhan yang bakal menjelang tiba. Butiran lanjut berhubung dengan program ini adalah seperti di bawah:

Tempat: Balai Raya Kampung Jenjarom
Hari: Sabtu
Tarikh: 7 Ogos 2010

Gotong Royong Membersih Balai Bacaan

Program Gotong Royong bagi membersihkan Balai Bacaan di Jalan Surau akan diadakan pada hari sabtu, bersamaan 31 Julai 2010. Warga Kampung Jenjarom yang berkelapangan pada hari berkenaan dialu-alukan menyertai gotong-royong ini.

Tempat: Balai Bacaan, Jalan Surau, Kg Jenjarom

Tarikh: 31 Julai 2010

Masa: 8.30 Pagi