Wednesday, July 8, 2009

Kaunter Express Lembaga Zakat Selangor

Baru-baru ini Lembaga Zakat Selangor (MAIS) mengambil langkah proaktif dengan mewujudkan Kaunter Express bagi memudahkan dan mempercepatkan pemberian bantuan zakat secara tunai atau cek sehingga RM 3,000 bergantung kepada jenis bantuan dalam tempoh tidak melebihi 2 jam.
Pemohon bantuan mestilah mengisi borang permohonan yang boleh didapati di sini serta MEMASTIKAN setiap dokumen sokongan lengkap. Dokumen yang tidak lengkap tidak akan diproses.
Buat masa ini Kaunter Express ini hanya dibuka di Ibu Pejabat LZS di Shah Alam sahaja dan waktu operasi dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang.
Maklumat lengkap mengenai Kaunter Express boleh didapati di sini atau hubungi talian khidmat pelanggan di 03-55227777 untuk maklumat lanjut.